Exco tiada jawatan kena ‘hormat’ ketua bahagian Umno, kata Nur Jazlan

Exco tiada jawatan kena ‘hormat’ ketua bahagian Umno, kata Nur Jazlan

    Exco Johor tidak memegang jawatan parti perlu menghormati ketua bahagian memandangkan mereka akan menjalankan kerja “mendamaikan akar umbi”, kata Nur Jazlan Mohamed.

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu berkata, jika perkara itu tidak berlaku ia akan menyukarkan matlamat kerajaan negeri tercapai.



    “Jadi, kalau exco dilantik tidak prihatin dan tidak peka dengan keperluan ketua bahagian dalam usaha hendak mendamaikan akar umbi, saya takut matlamat kerajaan negeri tidak akan tercapai,” katanya menurut Harian Metro.

    Beliau ditemui pada sambutan Tahun Baharu Cina 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri di Taman Perling, Johor Bahru.

    Semalam, dilaporkan beberapa ketua bahagian Umno Johor, yang menyuarakan rasa tidak senang dengan rombakan exco negeri baru-baru ini, kerana menurut mereka, pemimpin lain lebih layak tidak mendapat tempat dalam barisan pentadbiran negeri.

    Seorang ketua bahagian enggan namanya disiarkan berkata, rombakan itu sepatutnya melibatkan lebih ramai ahli yang ada jawatan di peringkat bahagian. Katanya, ramai Adun lain yang juga ketua bahagian lebih layak dan patut dipertimbangkan.



    Rombakan diumumkan pada Selasa, menyaksikan hanya tiga ketua bahagian Umno terlibat, iaitu Ketua Umno Simpang Renggam Onn Hafiz Ghazi, yang juga menteri besar Johor; Ketua Umno Segamat, Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Zahari Sarip; dan Ketua Umno Kulai, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Jafni Shukor.

    Jazlan yang juga ketua Umno Pulai berkata, beliau tidak mengetahui desas-desus berkaitan rasa tidak puas hati ketua bahagian berkait rombakan exco negeri.

    “Minggu lepas kita ada mesyuarat perhubungan negeri, tiada isu ini ditimbulkan. Mesyuarat bersama Onn Hafiz tiada isu ini ditimbulkan masa itu. Tak ada isu bahawa ketua bahagian mahukan lebih ramai wakil mereka sebagai exco yang timbulkan dalam mesyuarat itu.

    “Apabila keputusan diumumkan saya tidak tahu siapa yang rasa tidak puas hati. Setakat ini barisan exco (kerajaan negeri Johor) ini terdiri orang muda yang berpendidikan. Terpulang pada mereka tunjukkan prestasi,” katanya. FMT



    Exco tiada jawatan kena ‘hormat’ ketua bahagian Umno, kata Nur Jazlan

    Baca Artikel Menarik:

    Layari Laman Facebook MYKMU.NET

    Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu



    Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

    Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah



    Kedai coli ‘perangkap’ orang alim



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker