Kertas siasatan kematian tahanan lokap dirujuk kepada AGC Rabu ini
Kertas siasatan kematian tahanan lokap dirujuk kepada AGC Rabu ini

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan kes kematian seorang tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Rabu ini untuk tindakan lanjut.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar S Muthuvelu, berkata siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan
“Kertas siasatan itu akan diserahkan bersama cadangan untuk pertimbangan sebelum menunggu arahan serta tindakan lanjut daripada AGC,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini hari ini.
Noorizwan Zulkefly, 42, ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, di sini, berkaitan kes yang disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Pada 30 September lalu, Noorizwan dirujuk ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras, bagi mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia jam pada 1.52 pagi, 1 Oktober.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama BN-PN Makin Kukuh, Sokongan Akar Umbi Jadi Kekuatan – Dr Asyraf
- Kesiagaan Tinggi, Semangat Jentera BN Jadi Modal Kempen – Mahdzir
Dalam perkembangan sama, Kumar memaklumkan pemeriksaan doktor dan pengesahan pakar patologi mendapati terdapat kecederaan fizikal yang ketara pada tubuh mangsa.
“Kecederaan fizikal itu bukan akibat perbuatan sendiri, namun punca kematian masih dalam siasatan pihak hospital,” katanya.
Beliau turut mengesahkan menerima laporan daripada seorang doktor pakar forensik yang mendakwa diganggu oleh sekumpulan peguam.
“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta Seksyen 189 Kanun Keseksaan.
“Setakat ini, polis sudah merakam keterangan 14 individu termasuk daripada doktor, seorang ahli keluarga dan tiga peguam bagi membantu siasatan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu Dana Projek Jalan Luar Bandar Sabah: PM, MOF Digesa Segera Selesaikan Kekangan
- Politik Konten PH … Tiba-tiba Muncul Waktu Pilihan Raya
- PRN Melaka: Rakyat Tentukan, Keyakinan Politik Bukan Angkuh
Jentera BN Perkukuh Kesatuan, Elak Terjebak Adu Domba – Dr Azhar
Beliau berkata, siasatan berhubung laporan doktor itu masih berjalan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian.
“Kita masih dalam proses mengambil keterangan beberapa lagi individu termasuk keluarga mangsa,” katanya.
Kertas siasatan kematian tahanan lokap dirujuk kepada AGC Rabu ini
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rosli Tekad Bela Nasib Nelayan, Isu Lesen Jadi Keutamaan
- Pengalaman Politik, Trek Rekod Taruhan Mustafa Di Durian Tunggal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.