Kerajaan Tekankan Pendekatan Seimbang Tangani Isu Dadah

Kerajaan Tekankan Pendekatan Seimbang Tangani Isu Dadah

Kerajaan Tekankan Pendekatan Seimbang Tangani Isu Dadah

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan pindaan kepada Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [Akta 283] yang telah berkuat kuasa pada 22 Ogos 2025 adalah berasaskan kepada dasar pengalihan.

Beliau yang Ahli Majlis Kerja Tertinggi berkata ia bermaksud mengalihkan daripada hukuman pemenjaraan kepada rawatan dan pemulihan dadah serta bahan.

“Pindaan ini tidak membawa maksud pemansuhan sepenuhnya kesalahan jenayah atau pengeluaran kesalahan penggunaan dadah daripada kerangka undangundang jenayah.

“Daripada Januari sehingga September 2026, sebanyak 12,255 orang banduan sabitan bagi kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] iaitu memasukkan dadah ke dalam badan; dan sebanyak 31,827 orang banduan sabitan bagi kesalahan pemilikan kecil dadah direkodkan.

“Jumlah kedua-dua kumpulan banduan sabitan ini adalah sebahagian daripada banduan sabitan kes berkaitan dadah dengan mewakili sebanyak 46.5 peratus daripada jumlah keseluruhan banduan sabitan di dalam penjara seramai 94,780 orang banduan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dedah Dokumen Sulit: UMNO Kedah Gesa Tony Pua, Dap Segera Disiasat


“Manakala, jumlah keseluruhan banduan sabitan dadah di penjara adalah sebanyak 64,356 iaitu 67.9 peratus daripada jumlah keseluruhan banduan sabitan,” katanya.

Shamsul berkata demikian ketika pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan bagi tempoh Januari sehingga Disember 2025, sebanyak 14,220 orang banduan sabitan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta 234 berbanding 21,716 orang yang ditahan di bawah kesalahan seksyen 6 dan 6A Akta 283.

Manakala tempoh Januari sehingga September 2026, sebanyak 12,255 orang banduan sabitan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta 234 berbanding 18,160 orang yang ditahan di bawah kesalahan seksyen 6 dan 6A Akta 283.

“Kerajaan percaya bahawa cabaran dadah hanya dapat ditangani melalui pendekatan yang seimbang antara usaha pencegahan, penguatkuasaan, rawatan dan pemulihan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Minit Lembaga Pengampunan: Dap Jangan Heret Institusi Raja Ke Medan Politik


“Sehubungan itu, penguatkuasaan Akta 283 ini merupakan satu reformasi penting dalam memperkukuh pendekatan dalam menangani isu dadah negara.

“Reformasi ini memberi penekanan kepada rawatan dan pemulihan tanpa menjejaskan ketegasan tindakan terhadap jenayah dadah, sekali gus mencerminkan komitmen Kerajaan untuk membina masyarakat yang lebih sihat, selamat dan sejahtera,” ujar beliau. – UMNO Online

Kerajaan Tekankan Pendekatan Seimbang Tangani Isu Dadah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Permainkan Institusi Raja, UMNO Sabah Gesa Kerajaan Beri Penjelasan

 

 

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker