Laporan Polis Dedah Dokumen Didakwa Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan

Laporan Polis Dedah Dokumen Didakwa Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan

Laporan Polis Dedah Dokumen Didakwa Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Hasmuni Hassan hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi mewakili UMNO berhubung pendedahan dokumen yang didakwa sebagai minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan oleh Tony Pua.

Beliau berkata, laporan itu bertujuan meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat sumber dokumen berkenaan, kesahihan proses pelepasannya serta sama ada penyerahan dan penerbitannya melanggar undang-undang.

Tiga persoalan utama mesti dijawab:

1. Dari mana Tony Pua memperoleh dokumen tersebut? Siapa yang menyerahkannya, bila beliau menerimanya? Adakah beliau telah dilantik menjadi jurucakap Kerajaan Madani?

2. Adakah dokumen itu telah dinyahklasifikasikan secara sah? Jika sudah, siapa yang meluluskan, bila kelulusan diberikan dan apakah proses yang dipatuhi? Hannah Yeoh Selaku Menteri Wilayah wajar perjelas.

3. Mengapa dokumen sudah didedahkan kepada umum sedangkan menurut laporan media, ia belum difailkan di mahkamah setakat pagi ini? Urutan penyerahan dan pendedahan ini memerlukan penjelasan rasmi oleh Peguam Negara.

Hasmuni turut mempersoalkan penggunaan bahasa sindiran dan cara Tony Pua mengolah keputusan mesyuarat sehingga dikhuatiri memberikan gambaran negatif terhadap Yang di-Pertuan Agong selaku pengerusi Lembaga Pengampunan.

“Perbezaan pandangan dalam sesuatu mesyuarat tidak boleh dijadikan alasan untuk mempersembahkan keputusan Baginda secara mengelirukan atau menghakis penghormatan rakyat terhadap institusi diraja.”

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertumbuhan Ekonomi Perak Di Landasan Tepat, ‘Hasil Dirasa, Keyakinan Dibina’


 

Katanya, laporan ini bertujuan meminta PDRM menyiasat sumber dokumen, kesahan pelepasannya serta sama ada penyerahan dan penerbitan berkenaan melanggar undang-undang.

“Mana-mana pihak yang menyerahkan dokumen tanpa kebenaran sah juga perlu disiasat.

“UMNO menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kemuliaan institusi Yang di-Pertuan Agong. Semua pihak mesti bertanggungjawab terhadap dokumen yang didedahkan dan kenyataan yang diterbitkan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara mesti diterjemahkan melalui tindakan,” katanya lagi. – UMNO Online

Laporan Polis Dedah Dokumen Didakwa Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

RM4.67 Juta Jadi RM1,000, Jangan Lari Daripada Persoalan Sebenar

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker