Dedah Dokumen Sulit: UMNO Kedah Gesa Tony Pua, Dap Segera Disiasat
Dedah Dokumen Sulit: UMNO Kedah Gesa Tony Pua, Dap Segera Disiasat

ALOR SETAR, 18 November – UMNO Kedah menggesa pihak berkuasa segera menjalankan siasatan terhadap bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua berhubung tindakannya memuat naik butiran minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan keputusan pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di media sosial.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tindakan Tony Pua itu disifatkan berniat jahat dan melampaui batas perundangan, selain mencabar kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong.
“Perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku dan Tony Pua serta DAP perlu segera disiasat dan dikenakan tindakan sewajarnya. Saya kira tindakan Tony Pua itu sudah melampaui batas kerana berniat jahat terhadap Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.
“Tony Pua sengaja berbuat demikian dengan niat mencabar kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong dan beliau juga telah mencabar undang-undang negara berkaitan Akta Rahsia Rasmi 1972,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Menurut Mahdzir, sesuatu yang menjadi persoalan apabila dokumen berstatus sulit yang masih belum dinyahklasifikasikan boleh disebarkan kandungannya kepada umum.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenapa Projek Pembangunan Ditangguh Di Kawasan BN-PN – Ramli
- Beaufort Minta Status Terkini Dua Projek Pembangunan Jalan Raya
- Johor Iktiraf Sumbangan, Kecemerlangan Masyarakat Orang Asli
Pertumbuhan Ekonomi Perak Di Landasan Tepat, ‘Hasil Dirasa, Keyakinan Dibina’
Katanya, tindakan berkenaan jelas mempunyai motif tertentu dan dirancang untuk mencetuskan polemik baharu berkaitan isu pengampunan bersyarat Datuk Seri Najib.
“Kalau dokumen minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan itu telah dinyahklasifikasikan, kenapa tidak ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak kerajaan?
“Ini menunjukkan bahawa minit mesyuarat itu diperoleh secara tidak sah dan ada pihak yang sengaja membocorkannya dengan niat yang tidak baik khususnya menjurus kepada memperlekehkan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Sehubungan itu, UMNO Kedah akan membuat laporan polis dan menggesa siasatan segera dijalankan bagi mengenal pasti dalang di sebalik penyebaran dokumen sulit minit mesyuarat berkenaan.
Mahdzir turut mempersoalkan sumber maklumat yang diperoleh Tony Pua sehingga membolehkan beliau mendedahkan butiran minit mesyuarat tersebut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beban Tugas Petugas Hospital Tampin Perlu Ditangani Segera – Mohd Isam
- KLSCAH: Atas Asas Apa Kerajaan Setuju Tetapkan Premium RM1,000?
- Dekati Rakyat, Perluas Peluang Miliki Rumah Sendiri – Mohd Jafni
Isu Pajakan KLSCAH RM1,000, Mengapa Hasil Negara RM4.67 Juta ‘Hilang’ Begitu Saja
“Tony Pua jangan bertindak membaling batu sembunyi tangan, beliau perlu menjelaskan dari mana sumber maklumat dan butiran minit mesyuarat itu diperoleh?
“Cukup-cukuplah bermain politik kotor yang melampaui batas undang-undang sehingga mencetuskan ketidakharmonian dalam negara ini dan lebih teruk lagi mempertikaikan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong,” katanya. – UMNO Online
Dedah Dokumen Sulit: UMNO Kedah Gesa Tony Pua, Dap Segera Disiasat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Kekal Membiru Di Melaka, Solidariti Jentera Kekuatan Perjuangan
- Melaka Tak Relaks… Fokus Khidmat Pada Rakyat
- ‘Rakyat Beaufort Tidak Boleh Terus Menunggu Tanpa Kepastian…’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
RM4.67 Juta Jadi RM1,000, Jangan Lari Daripada Persoalan Sebenar
You must be logged in to post a comment.