BN Kekal Membiru Di Melaka, Solidariti Jentera Kekuatan Perjuangan
BN Kekal Membiru Di Melaka, Solidariti Jentera Kekuatan Perjuangan

BEAUFORT, SABAH – Kejayaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membuktikan bahawa kekuatan jentera, kesepaduan kepimpinan serta kerjasama yang mantap menjadi antara faktor penting dalam memastikan kemenangan parti.
Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat, menzahirkan rasa syukur dan merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh kepimpinan serta jentera BN yang telah bekerja keras sepanjang tempoh berkempen sehingga membuahkan kejayaan membanggakan.
Beliau yang sebelum ini turut sama berkampung bagi berkempen di PRN Terbabit berkata, penglibatan jentera BN Sabah yang turun membantu kempen calon BN di DUN Teluk Emas dan DUN Duyong, Kota Melaka, merupakan manifestasi semangat setiakawan, solidariti serta kesepaduan yang kukuh dalam keluarga besar BN.
“Alhamdulillah, syukur atas kejayaan ini. BN terus membuktikan kekuatannya apabila berjaya mempertahankan 21 kerusi DUN. Kejayaan ini bukan milik individu semata-mata, sebaliknya hasil usaha bersama, pengorbanan dan komitmen seluruh jentera parti,” katanya.
Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Abd. Razak Abd. Rahman yang berjaya mempertahankan kerusi DUN Teluk Emas dengan majoriti besar sebanyak 11,114 undi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KUSKOP Giat Perkasa Kerjasama Strategik Bersama Platform e-Dagang Global
- Perlombongan Mata Wang Kripto: 265 Serbuan Telah Dilaksanakan
- “Saya Ketua Menteri Untuk Seluruh Rakyat Melaka” – Ab Rauf
Fitnah Projek Johor: Onn Hafiz Seru Rakyat Semak Kesahihan Maklumat
Ucapan tahniah turut diberikan kepada Mohd. Noor Helmy Abd. Halem yang berjaya mengekalkan kemenangan di DUN Duyong dengan majoriti 10,040 undi.
Katanya, pencapaian kedua-dua calon tersebut memperlihatkan penerimaan rakyat terhadap kepimpinan dan usaha berterusan dalam membawa pembangunan serta menjaga kebajikan masyarakat setempat.
Dalam pada itu, Awang Aslee turut menyampaikan penghargaan kepada Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin serta Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup atas kepimpinan dan komitmen dalam menyatukan kekuatan jentera BN Sabah.
“Kerjasama yang ditunjukkan oleh jentera BN Sabah sepanjang membantu rakan seperjuangan di Melaka amat membanggakan. Walaupun berbeza negeri dan kawasan, semangat perjuangan kita tetap satu. Inilah kekuatan sebenar BN, iaitu kesepakatan, kesetiaan dan semangat saling membantu,” ujarnya.
Beliau turut menegaskan bahawa pendekatan kempen yang sederhana, berhemah dan mengutamakan kesantunan politik wajar terus dijadikan amalan dalam setiap perjuangan parti.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kejayaan Kerjasama BN–PN Cetus Inspirasi Kepada UMNO Sabah
- Perbezaan Politik Bukan Alasan Tafsir Perlembagaan Ikut Kepentingan – Naqib
- Israk Gesa Hassan Perjelas Maksud Sajak ‘Patik Tak Rela’
Menurutnya, kemenangan yang bermaruah bukan sekadar diukur melalui jumlah undi dan kerusi yang dimenangi, tetapi juga melalui cara parti mendekati rakyat, menyampaikan tawaran serta menghormati perbezaan pandangan.
“Politik tidak seharusnya dijadikan medan untuk mencetuskan kebencian, permusuhan atau perpecahan. Kita menolak politik negatif, fitnah dan provokasi. Sebaliknya, kita mahu politik yang matang, santun dan berteraskan khidmat kepada rakyat,” katanya.
Tambah beliau, kejayaan PRN Melaka seharusnya menjadi suntikan semangat kepada seluruh warga BN, khususnya jentera UMNO Sabah, untuk terus memperkukuh perpaduan dalaman, memperkemas gerak kerja serta mendekati rakyat dengan lebih konsisten.
Beliau berharap momentum kerjasama dan kesepaduan yang ditunjukkan di Melaka dapat diteruskan dalam menghadapi cabaran politik akan datang.
“Syabas dan tahniah kepada seluruh keluarga besar BN. Kemenangan ini adalah hasil kerja berpasukan. Semoga BN terus kukuh, relevan dan mendapat kepercayaan rakyat,” katanya lagi. – UMNO Online
BN Kekal Membiru Di Melaka, Solidariti Jentera Kekuatan Perjuangan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenapa Projek Pembangunan Ditangguh Di Kawasan BN-PN – Ramli
- Beaufort Minta Status Terkini Dua Projek Pembangunan Jalan Raya
- Johor Iktiraf Sumbangan, Kecemerlangan Masyarakat Orang Asli
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pertumbuhan Ekonomi Perak Di Landasan Tepat, ‘Hasil Dirasa, Keyakinan Dibina’
You must be logged in to post a comment.