Beaufort Minta Status Terkini Dua Projek Pembangunan Jalan Raya

Beaufort Minta Status Terkini Dua Projek Pembangunan Jalan Raya

Beaufort Minta Status Terkini Dua Projek Pembangunan Jalan Raya

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching meminta status terkini dua buah projek pembangunan jalan raya di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Ujarnya, beliau menyambut baik peningkatan peruntukan pembangunan jalan raya dan jambatan Sabah daripada RM721.7 juta pada tahun 2026 kepada RM801.46 juta pada tahun 2027.

 

“Saya ingin mengetengahkan Jalan Persekutuan Beaufort–Menumbok R502, laluan strategik yang menghubungkan penduduk, kegiatan ekonomi, pengangkutan barang dan akses ke Terminal Feri Menumbok bagi perjalanan ke Labuan.

“Saya merakamkan penghargaan atas kelulusan projek pembaikan dan naik taraf jalan ini bernilai RM100 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). Daripada jumlah tersebut, RM80 juta diperuntukkan bagi pembaikan struktur turapan dan kerja cerun sepanjang 59.05 kilometer dari Bulatan Bingkul hingga Sekolah Agama Negeri Menumbok, manakala RM20 juta lagi diperuntukkan untuk menaik taraf jalan sepanjang 1.1 kilometer dari sekolah tersebut ke Terminal Feri Menumbok, termasuk laluan masuk ke terminal.

“Berdasarkan jawapan rasmi Kementerian pada 27 Oktober 2025, kerja pembaikan turapan disasarkan siap pada November 2026, manakala kerja naik taraf laluan ke terminal feri akan melalui proses tender dan pembinaan pada tahun 2026.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRN Melaka: Tunai Kewajipan, Hargai Kelancaran Proses – Ab Rauf


“Sehubungan itu, saya meminta kementerian memberikan status terkini kedua-dua skop projek ini. Adakah kerja pembaikan sepanjang 59.05 kilometer telah mencapai sasaran dan adakah kerja menaik taraf laluan ke terminal feri telah dimulakan?” soalnya.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan keberkesanan mekanisme tindakan dalam masa 24 jam di Beaufort untuk memastikan segala aduan kerosakan atau lubang-lubang di jalan persekutuan akan diambil tindakan.

”Dalam jawapan rasmi di Dewan Rakyat pada 4 Februari 2026, kementerian memaklumkan mekanisme tindak pantas bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah bagi memastikan kerosakan atau lubang-lubang di jalan persekutuan akan diambil tindakan dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima.

“Bagi kerosakan yang telah dikenal pasti, Kementerian turut memaklumkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mengesan kerosakan serta meningkatkan rondaan dan pemeriksaan berkala.

“Saya ingin bertanya sejauh manakah mekanisme 24 jam ini benar-benar dilaksanakan di Beaufort? Berapakah jumlah aduan yang diterima dan jumlah yang diselesaikan dalam tempoh 24 jam serta jumlah yang masih tertunggak?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRN Melaka Cerminan Usaha Birukan Negara Pada PRU16 – Ahmad Zahid


“Pemeriksaan juga perlu dibuat secara proaktif, khususnya selepas hujan lebat dan banjir. Prestasi syarikat konsesi hendaklah dipantau termasuk kualiti tampalan jalan, bahu jalan, sistem saliran dan keselamatan pengguna,” katanya lagi. – UMNO Online

Oleh: Nuralyaa Izzati Azman

Beaufort Minta Status Terkini Dua Projek Pembangunan Jalan Raya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kemenangan PRN Melaka Suntik Semangat Hadapi PRU-16

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker