Pusat Pengundian Dibuka, Ruang Rakyat Melaka Serah Mandat
Pusat Pengundian Dibuka, Ruang Rakyat Melaka Serah Mandat

MELAKA, 14 Nov – Pusat pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dibuka secara rasmi pada jam 8 pagi ini bagi memberi peluang kepada rakyat menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat yang bakal mengisi 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini memaklumkan seramai 675,166 pengundi biasa layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam proses pengundian kali ini.
Sebanyak 240 pusat mengundi biasa dengan 1,213 saluran disediakan di seluruh negeri ini bagi melancarkan proses pengundian yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 6 petang.
PRN kali ini menyaksikan seramai 79 calon daripada pelbagai parti politik dan calon Bebas bertanding bagi merebut 28 kerusi DUN, selepas proses penamaan calon berlangsung pada 31 Oktober lalu.
Pembukaan pusat pengundian hari ini menjadi detik penting bagi rakyat Melaka untuk menentukan pilihan serta memberikan mandat kepada calon yang diyakini mampu membawa suara dan kepentingan masyarakat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Melaka: Siap Siaga Ancaman Serangan, Manipulasi Siber
- Serangan Dan Kritikan Perkara Biasa, Suasana Kempen PRN Tenang – Jazlan
- Ab Rauf Cadang Tubuh Persatuan Bagi Perkukuh Gerak Kerja Sukarelawan
PRN Melaka: Jangan Terperangkap Zon Selesa, Keluar Mengundi Awal Pagi – Helmy
Orang ramai turut diseru agar menggunakan hak mengundi dengan penuh tanggungjawab selain mematuhi segala peraturan dan arahan petugas SPR bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar, teratur dan aman.
Keputusan PRN kali ini bakal menentukan barisan wakil rakyat yang akan membawa amanah serta mencorakkan hala tuju pentadbiran negeri Melaka untuk tempoh akan datang. – UMNO Online
Pusat Pengundian Dibuka, Ruang Rakyat Melaka Serah Mandat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN Melaka Inklusif, Rangkumi Kepentingan Semua Kaum
- Zambry Persoal Sikap Dap… Jangan Pertikai Hak Perlembagaan Rakyat
- Teruskan Gelombang Biru, Trek Rekod Jadi Bukti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Melaka Cerminan Usaha Birukan Negara Pada PRU16 – Ahmad Zahid
You must be logged in to post a comment.