Perkasa Tenaga Kerja Tempatan, Pastikan Graduan Kemahiran Tidak Terpinggir
Perkasa Tenaga Kerja Tempatan, Pastikan Graduan Kemahiran Tidak Terpinggir

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib berharap kerajaan mewajibkan majikan yang memohon kuota pengambilan pekerja asing membuktikan komitmen syarikat dalam pembangunan kemahiran tenaga kerja tempatan.
Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tenggara berkata ia bagi memberikan keutamaan untuk memperkasa tenaga kerja tempatan bagi memastikan industri dapat memenuhi keperluan tenaga kerja tanpa terlalu bergantung kepada pekerja asing.
“Data Kementerian menunjukkan jumlah pekerja asing sah di Malaysia, berkurang sebanyak 13 peratus kepada 2.13 juta orang berbanding tahun sebelumnya. Namun, kebergantungan industri kepada tenaga kerja luar masih tinggi. Padahal, kadar kebolehpasaran graduan institusi latihan kemahiran kita sudah mencecahlebih 95 peratus.
“Bagi sokong dasar Rancangan Malaysia Ke-13, turunkan had pekerja asing kepada 10 peratus pada 2030. Saya mahu mencadangkan agar Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) wajibkan majikan yang mohon kuota pekerja asing, buktikan syarikat mereka ada unit Learning & Development (L&D) yang aktif serta penempatan pelatih TVET tempatan sebelum diluluskan.
“Syarikat tidak boleh terus ambil jalan mudah, import buruh luar sesuka hati sebaliknya perlu buat pelaburan latih bakat anak tempatan untuk kurangkan kebergantungan buruh asing,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Agenda Pahang 1st: Pembangunan Berjalan Seiring Pemeliharaan Alam
- Hari Keputeraan: Ahmad Zahid Rafak Sembah Yang di-Pertuan Agong
- Penyelesaian Terbaik Untuk Negeri Sembilan – Ahmad Zahid
BN Perkukuh Kesepakatan, Perjelas Hala Tuju Bersama – Ahmad Zahid
Manndzri berkata demikian pada Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 (Peringkat Jawatankuasa) KESUMA di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pada itu, Manndzri berkata, pengumuman gaji pokok permulaan sebanyak RM2,500 sebulan dalam Belanjawan 2027 disifatkan sebagai perkembangan positif dalam membuka peluang pendapatan lebih baik kepada golongan muda.
Bagaimanapun, katanya, timbul persoalan mengenai skop pelaksanaan kadar gaji permulaan itu berdasarkan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO), khususnya sama ada ia turut meliputi pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.
“Berdasarkan Laporan Survei Gaji & Upah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), penengah gaji bagi kategori pekerja separuh mahir sekitar RM2,223 sebulan bajet 2027 umum gaji pokok permulaan RM2,500 sebulan amat dinantikan memberi sinar baharu buat anak muda.
“Apa yang jadi kebimbangan berdasarkan piawaian pekerjaan negara (MASCO) gaji RM2,500 tertumpu kepada kategori pekerja mahir bertaraf Diploma dan Ijazah (MASCO 1 hingga 3)
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UniKL Sasar Lahir Lebih Ramai Pencipta Teknologi, Inovator
- UMNO Mesti Kukuh, Jangan Terpesong Dengan Polemik Politik – Tengku Adnan
- Belanjawan 2027 Pahang Komprehensif, Hasil Pengurusan Pentadbiran Cekap – Shahaniza
Johor Maju, Rakyat Sejahtera: Kepimpinan yang Bekerja, Negeri yang Terbela
“Bagaimana dengan nasib pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3? Ramai majikan letak pemegang SKM Tahap 3 dalam kategori pekerja teknikal pertengahan atau operator (MASCO 7 dan 8) bukan dalam kumpulan MASCO 1 hingga 3,” ujar beliau. – UMNO Online
Perkasa Tenaga Kerja Tempatan, Pastikan Graduan Kemahiran Tidak Terpinggir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Nyahklasifikasi Minit Lembaga Pengampunan: Mengapa PM Diam Diri Ketika Institusi Diraja Dipertikaikan?
- Memperkukuh Kerjasama Pembangunan Desa Malaysia-Indonesia
- GST Lebih Telus, SST Dipersoal! Armand Azha Cabar Kerajaan Buka Mata
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tolak Dakwaan Kaitkan UMNO Dengan Usaha Jatuhkan Tuanku Muhriz
You must be logged in to post a comment.