Hari Keputeraan: Ahmad Zahid Rafak Sembah Yang di-Pertuan Agong
Hari Keputeraan: Ahmad Zahid Rafak Sembah Yang di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merafak sembah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-68.
Beliau yang juga Presiden UMNO turut mendoakan semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat, mengurniakan keafiatan dan kesejahteraan kepada baginda.
“Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-68 pada 22 November 2026 bersamaan 12 Jamadilakhir 1448H.
“Patik serta seisi keluarga dengan penuh takzim menzahirkan ucapan tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku.
“Patik mendoakan semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat, mengurniakan keafiatan dan kesejahteraan serta memayungi pemerintahan Tuanku dalam memelihara kedaulatan negara dan kesejahteraan seluruh rakyat.
“Daulat Tuanku!” katanya. – UMNO Online
Hari Keputeraan: Ahmad Zahid Rafak Sembah Yang di-Pertuan Agong
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KLSACH: Kenapa Kerajaan Tergesa-gesa Lulus Pajakan 99 Tahun
- Belanjawan Johor 2027: Peruntukan Besar Untuk Pesisir, Sungai Dan Kebajikan Nelayan
- Penyebaran Minit Mesyuarat: Pihak Berkuasa Perlu Beri Penjelasan Rasmi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Permainkan Institusi Raja, UMNO Sabah Gesa Kerajaan Beri Penjelasan
You must be logged in to post a comment.