Penyelesaian Terbaik Untuk Negeri Sembilan – Ahmad Zahid
Penyelesaian Terbaik Untuk Negeri Sembilan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Kepentingan memastikan pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan terus berjalan lancar, khususnya bagi membolehkan pembentangan Belanjawan 2027, perlu diberikan perhatian dalam usaha mencari penyelesaian terhadap kemelut yang melanda negeri itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung susun atur pentadbiran kerajaan negeri selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Menurut beliau, sekiranya permasalahan berkaitan adat terus berlaku, perkara itu bukan sesuatu yang perlu dicampuri oleh UMNO-BN.
“Kita serahkan perkara ini untuk diselesaikan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Mudah-mudahan solidariti dalam kalangan 24 ADUN berkenaan dapat membantu mencari jalan penyelesaian yang tuntas.
“Pembentangan Belanjawan 2027 mesti dilakukan dan tentunya Barisan Nasional (BN) dan UMNO Negeri Sembilan akan mohon perkenan agar sidang itu dapat dilakukan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Laporan Polis Dedah Dokumen Didakwa Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan
- Dokumen Sulit Lembaga Pengampunan Bocor? PDRM Digesa Siasat
- Penularan Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan Suatu Bentuk Hasutan, Meremeh Kuasa Agong
Dedah Dokumen Sulit: UMNO Kedah Gesa Tony Pua, Dap Segera Disiasat
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Perwakilan MCA Ke-30 di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan bahawa penyelesaian terhadap kemelut berkenaan perlu mengambil kira kelancaran urusan pentadbiran negeri, terutama bagi memastikan agenda pembangunan dan kepentingan rakyat tidak terjejas.
Sebelum ini, 24 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan mencapai kesepakatan untuk akur dan mematuhi sebarang arahan serta ketetapan pucuk pimpinan parti menerusi satu pertemuan khas semalam yang turut dihadiri Pengerusi BN Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.- UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Gesa Penjelasan Rasmi Mengenai Minit Lembaga Pengampunan
- Johor Siap Siaga Hadapi Banjir, Pastikan Calon SPM dan STPM Tidak Tercicir – Dr Naqib
- Penduduk Pesisir Pantai Diminta Waspada Hujan Lebat, Air Pasang Besar
Minit Lembaga Pengampunan: Dap Jangan Heret Institusi Raja Ke Medan Politik
You must be logged in to post a comment.