Johor Siap Siaga Hadapi Banjir, Pastikan Calon SPM dan STPM Tidak Tercicir – Dr Naqib
Johor Siap Siaga Hadapi Banjir, Pastikan Calon SPM dan STPM Tidak Tercicir – Dr Naqib

JOHOR BAHRU, 18 Nov – Kerajaan Negeri Johor mempergiat persiapan menghadapi kemungkinan banjir sepanjang tempoh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2026 bagi memastikan kebajikan serta keselamatan calon terus terpelihara.
Exco Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali berkata, langkah persediaan itu turut melibatkan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) menerusi satu sesi libat urus bagi menyelaras tindakan dan mengenal pasti keperluan sekiranya berlaku bencana banjir.
Menurutnya, sebanyak 207 Pusat Penempatan Sementara (PPS) telah dikenal pasti untuk dibuka sekiranya diperlukan, melibatkan 202 Sekolah Kebangsaan (SK) dan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
Dalam masa sama, JPNJ turut mengenal pasti calon peperiksaan yang berisiko terjejas serta menyediakan lokasi alternatif peperiksaan, khususnya di daerah Tangkak, Segamat dan Kota Tinggi.
Persediaan turut merangkumi penyelarasan bersama agensi berkaitan bagi memastikan kemudahan serta fasiliti berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan apabila diperlukan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Kekal Membiru Di Melaka, Solidariti Jentera Kekuatan Perjuangan
- Melaka Tak Relaks… Fokus Khidmat Pada Rakyat
- ‘Rakyat Beaufort Tidak Boleh Terus Menunggu Tanpa Kepastian…’
RM4.67 Juta Jadi RM1,000, Jangan Lari Daripada Persoalan Sebenar
Beliau berkata, pihak sekolah juga perlu sentiasa memantau keadaan setiap calon, termasuk status kediaman dan laluan perjalanan mereka bagi mengenal pasti sebarang risiko yang boleh menjejaskan kehadiran ke pusat peperiksaan.
Selain itu, komunikasi antara pihak sekolah dan ibu bapa perlu diperkukuh supaya maklumat serta perkembangan terkini dapat disampaikan dengan pantas dan berkesan.
JPNJ bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga bersedia menyediakan bantuan dan sokongan kepada calon yang terjejas, termasuk memastikan mereka dapat hadir menduduki peperiksaan tanpa gangguan akibat bencana.
Persediaan awal itu selaras dengan saranan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi supaya semua agensi berkaitan mengambil langkah proaktif dan sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.
Kerajaan Negeri Johor komited memastikan tiada calon SPM dan STPM yang tercicir daripada menduduki peperiksaan penting itu hanya disebabkan kekangan atau kesulitan akibat banjir.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenapa Projek Pembangunan Ditangguh Di Kawasan BN-PN – Ramli
- Beaufort Minta Status Terkini Dua Projek Pembangunan Jalan Raya
- Johor Iktiraf Sumbangan, Kecemerlangan Masyarakat Orang Asli
Pertumbuhan Ekonomi Perak Di Landasan Tepat, ‘Hasil Dirasa, Keyakinan Dibina’
Keutamaan diberikan kepada keselamatan, kebajikan dan kelangsungan pendidikan setiap calon agar mereka dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat, teratur dan lancar. – UMNO Online
Johor Siap Siaga Hadapi Banjir, Pastikan Calon SPM dan STPM Tidak Tercicir – Dr Naqib
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Laporan Polis Dedah Dokumen Didakwa Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan
- Dokumen Sulit Lembaga Pengampunan Bocor? PDRM Digesa Siasat
- Penularan Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan Suatu Bentuk Hasutan, Meremeh Kuasa Agong
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dedah Dokumen Sulit: UMNO Kedah Gesa Tony Pua, Dap Segera Disiasat
You must be logged in to post a comment.