UMNO Gesa Penjelasan Rasmi Mengenai Minit Lembaga Pengampunan
UMNO Gesa Penjelasan Rasmi Mengenai Minit Lembaga Pengampunan

KUALA LUMPUR, 18 Nov – UMNO menggesa pihak bertanggungjawab memberikan penjelasan rasmi berhubung status penyahklasifikasian minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan pengampunan bersyarat Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini dikongsikan kepada umum.
Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, UMNO mengambil maklum kenyataan Tony Pua bahawa minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berkenaan telah dinyahklasifikasikan, selain beliau turut berkongsi beberapa halaman yang dikatakan sebahagian daripada minit tersebut.
Beliau berkata, pada 12 November 2026, Menteri Dalam Negeri menyatakan di Dewan Rakyat bahawa beliau bersedia membawa cadangan penyahklasifikasian itu kepada Jemaah Menteri.
Bagaimanapun, selepas mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 November 2026, jurucakap Kerajaan memaklumkan bahawa cadangan berkenaan belum dibangkitkan secara langsung dalam mesyuarat tersebut dan prosesnya sedang diatur dengan mengambil kira keperluan undang-undang.
Menurutnya, bagi dokumen berstatus rahsia rasmi, keputusan untuk mengelaskannya semula hendaklah dibuat oleh pihak berkuasa di bawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 \[Akta 88\] mengikut tatacara yang terpakai.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Kekal Membiru Di Melaka, Solidariti Jentera Kekuatan Perjuangan
- Melaka Tak Relaks… Fokus Khidmat Pada Rakyat
- ‘Rakyat Beaufort Tidak Boleh Terus Menunggu Tanpa Kepastian…’
RM4.67 Juta Jadi RM1,000, Jangan Lari Daripada Persoalan Sebenar
“Susulan perkongsian dokumen berkenaan kepada umum, UMNO menggesa pihak bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan rasmi mengenai status pengelasan semula, asas kuasa dan tujuan serta skop dokumen berkenaan.
“Adakah minit berkenaan telah dikelaskan semula secara rasmi? Jika ya, bilakah keputusan itu dibuat dan siapakah yang membuatnya? Apakah asas kuasa yang digunakan, tatacara yang dipatuhi dan tujuan pengelasan semula itu?” katanya.
Azalina turut mempersoalkan sama ada salinan dokumen yang beredar sepadan dengan rekod rasmi serta sama ada pengelasan semula itu meliputi keseluruhan minit, termasuk lampiran berkaitan atau hanya bahagian tertentu.
Beliau menegaskan bahawa ketelusan dalam pengendalian rekod Lembaga Pengampunan mesti berjalan seiring dengan pematuhan undang-undang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenapa Projek Pembangunan Ditangguh Di Kawasan BN-PN – Ramli
- Beaufort Minta Status Terkini Dua Projek Pembangunan Jalan Raya
- Johor Iktiraf Sumbangan, Kecemerlangan Masyarakat Orang Asli
Pertumbuhan Ekonomi Perak Di Landasan Tepat, ‘Hasil Dirasa, Keyakinan Dibina’
“UMNO menghormati kedudukan Lembaga Pengampunan dan menjunjung kuasa pengampunan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi. – UMNO Online
UMNO Gesa Penjelasan Rasmi Mengenai Minit Lembaga Pengampunan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Laporan Polis Dedah Dokumen Didakwa Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan
- Dokumen Sulit Lembaga Pengampunan Bocor? PDRM Digesa Siasat
- Penularan Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan Suatu Bentuk Hasutan, Meremeh Kuasa Agong
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dedah Dokumen Sulit: UMNO Kedah Gesa Tony Pua, Dap Segera Disiasat
You must be logged in to post a comment.