‘Rakyat Beaufort Tidak Boleh Terus Menunggu Tanpa Kepastian…’

‘Rakyat Beaufort Tidak Boleh Terus Menunggu Tanpa Kepastian…’

‘Rakyat Beaufort Tidak Boleh Terus Menunggu Tanpa Kepastian…’

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan keputusan muktamad berhubung projek naik taraf Hospital Beaufort bernilai RM32.81 juta.

Beliau berkata ini kerana ia masih belum mempunyai hala tuju jelas selepas kontrak pelaksanaannya ditamatkan pada 7 Mac 2024.

“Lebih membimbangkan, penilaian Structural Integrity Test (SIT) pada tahun 2026 mendapati struktur bangunan tidak menyokong pelaksanaan projek asal.

“Saya memohon KKM menetapkan keputusan muktamad sama ada bangunan ini akan dibaik pulih, dibangunkan semula atau dirobohkan, berserta peruntukan dan garis masa pelaksanaan yang jelas.

“Rakyat Beaufort tidak boleh terus menunggu tanpa kepastian,” katanya.

Siti Aminah berkata demikian ketika Perbahasan Belanjawan 2027 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Kesihatan di Dewan Rakyat hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Fitnah Projek Johor: Onn Hafiz Seru Rakyat Semak Kesahihan Maklumat


Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan kawasan Selagon diberikan pertimbangan serius sebagai tapak pembangunan Hospital Pakar Baharu Beaufort.

“Keperluan ini semakin mendesak memandangkan perkhidmatan kepakaran Hospital Beaufort semakin berkembang, sedangkan kapasiti tapak sedia ada semakin terhad.

“Saya memohon agar cadangan ini diberikan keutamaan dalam perancangan pembangunan dan dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia akan datang,” ujar beliau.

Sementara itu beliau turut meminta KKM memberikan keutamaan kepada pembinaan semula Klinik Desa Klias Scheme yang telah beroperasi sejak 1972.

Katanya, klinik berstruktur kayu itu kini menumpang di bangunan Sabah Land Development Board (SLDB) dengan ruang operasi yang sempit dan tidak mencukupi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemenangan PRN Melaka Suntik Semangat Hadapi PRU-16


“Sedangkan perkhidmatannya meliputi Kampung Rancangan Klias dan Kampung Melabau yang mempunyai seramai 2,053 penduduk dengan purata 20 kedatangan pesakit sehari dan hanya tiga anggota kesihatan.

“Beban perkhidmatannya turut melibatkan 147 ibu mengandung, 328 kedatangan kanak-kanak, 252 warga emas serta 493 pesakit luar setiap tahun,” ujar beliau. – UMNO Online

‘Rakyat Beaufort Tidak Boleh Terus Menunggu Tanpa Kepastian…’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pertumbuhan Ekonomi Perak Di Landasan Tepat, ‘Hasil Dirasa, Keyakinan Dibina’

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker