RM4.67 Juta Jadi RM1,000, Jangan Lari Daripada Persoalan Sebenar
RM4.67 Juta Jadi RM1,000, Jangan Lari Daripada Persoalan Sebenar

Saya baru lepas membaca kenyataan YB Hannah Yeoh tentang isu premium Kuala Lumpur – Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH).
Saya juga membaca hujah balas daripada YB Datuk Dr Akmal Saleh.
Ini hujah saya untuk YB Hannah Yeoh, Saya tidak mempertikaikan kepentingan memelihara bangunan warisan. KLSCAH mempunyai sejarah 103 tahun dan wajar dipelihara.
Tetapi apabila anggaran premium tanah RM4.67 juta akhirnya menjadi RM1,000, rakyat berhak bertanya.
1. Siapa yang membuat penilaian sehingga premium boleh dikurangkan begitu besar?
2. Apakah formula dan asas pengiraan yang digunakan?
3. Adakah semua institusi warisan lain akan diberikan layanan dan pertimbangan yang sama?
4. Adakah kerajaan bersedia mendedahkan laporan penilaian dan justifikasi keputusan tersebut kepada umum?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KUSKOP Giat Perkasa Kerjasama Strategik Bersama Platform e-Dagang Global
- Perlombongan Mata Wang Kripto: 265 Serbuan Telah Dilaksanakan
- “Saya Ketua Menteri Untuk Seluruh Rakyat Melaka” – Ab Rauf
Fitnah Projek Johor: Onn Hafiz Seru Rakyat Semak Kesahihan Maklumat
YB Hannah kata tanah itu sudah ditukar daripada komersial kepada institusi, maka potensi pembangunannya hilang.
Baik, saya jawab. Tetapi siapa yang menentukan nilai tanah selepas perubahan status itu? Adakah rakyat tidak berhak mengetahui bagaimana angka RM1,000 itu diputuskan?
Lagi best bila YB Hannah bangkitkan defisit operasi KLSCAH sebanyak RM400,000 setahun.
Saya simpati dengan masalah kewangan KLSCAH ni. Tetapi sejak bila defisit operasi sesebuah organisasi boleh adi alasan untuk mengurangkan premium tanah kerajaan kepada kadar nominal? 99.98% tu. Hampir percuma.
Kalau betul ini dasar pemeliharaan warisan, bentangkan dasar tersebut. Bagitahu apa kriteria dia. Pastikan semua institusi yang layak mendapat pertimbangan sama rata. Boleh macam tu?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kejayaan Kerjasama BN–PN Cetus Inspirasi Kepada UMNO Sabah
- Perbezaan Politik Bukan Alasan Tafsir Perlembagaan Ikut Kepentingan – Naqib
- Israk Gesa Hassan Perjelas Maksud Sajak ‘Patik Tak Rela’
Jangan bila keputusan kerajaan dipersoalkan, jawapannya ialah UMNO jual padang, PAS pacak tiang, pemimpin UMNO berhutang cukai dan sebagainya.
Itu semua tidak menjawab persoalan pokok. Jangan ubah tiang gol.
Kesalahan kerajaan terdahulu bukan lesen untuk kerajaan hari ini terlepas daripada akauntabiliti.
YB Hannah perlu faham satu perkara. Rakyat tak tolak usaha memelihara warisan. Rakyat cuma nak tahu sama ada keputusan yang melibatkan hasil dan aset awam dibuat secara telus, adil dan berasaskan prinsip yang boleh dipertanggungjawabkan.
Jangan samakan kritikan terhadap keputusan kerajaan dengan sentimen perkauman. Mula la main naratif BN bermain Politik Identiti. Penghasut!
Kerajaan MADANI bukan sekadar perlu pandai menjelaskan keputusan. Kerajaan juga mesti berani mempertanggungjawabkan keputusan tersebut.
Akui sahaja kesilapan & perbetulkan.
Air dah keruh, jangan dikeruhkan lagi!

OLEH: IQBAL JAMAL JAMALUDIN
RM4.67 Juta Jadi RM1,000, Jangan Lari Daripada Persoalan Sebenar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenapa Projek Pembangunan Ditangguh Di Kawasan BN-PN – Ramli
- Beaufort Minta Status Terkini Dua Projek Pembangunan Jalan Raya
- Johor Iktiraf Sumbangan, Kecemerlangan Masyarakat Orang Asli
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pertumbuhan Ekonomi Perak Di Landasan Tepat, ‘Hasil Dirasa, Keyakinan Dibina’
You must be logged in to post a comment.