Kepelbagaian Bukan Penghalang, Perpaduan Asas Kestabilan Negara – Tengku Adnan
Kepelbagaian Bukan Penghalang, Perpaduan Asas Kestabilan Negara – Tengku Adnan

PUTRAJAYA, 21 Nov – Kepelbagaian kaum, agama dan budaya di negara ini perlu terus dipelihara sebagai kekuatan dalam membina perpaduan serta menjamin kestabilan politik dan keharmonian masyarakat.
Bendahari UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Dr Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, semangat saling menghormati dan bertolak ansur perlu menjadi pegangan semua pihak dalam memastikan perbezaan tidak dijadikan alasan untuk memecahbelahkan rakyat.
Menurut beliau, toleransi dan persefahaman merupakan asas penting dalam membina masyarakat yang bersatu padu, sekali gus menolak politik kebencian serta fahaman ekstrem yang boleh menggugat keharmonian negara.
“Marilah kita terus memperkukuh semangat perpaduan, saling menghormati dan hidup dalam keharmonian.
“Toleransi dan persefahaman semai perpaduan, tolak sifat ekstrem dan kebencian,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UniKL Sasar Lahir Lebih Ramai Pencipta Teknologi, Inovator
- UMNO Mesti Kukuh, Jangan Terpesong Dengan Polemik Politik – Tengku Adnan
- Belanjawan 2027 Pahang Komprehensif, Hasil Pengurusan Pentadbiran Cekap – Shahaniza
Johor Maju, Rakyat Sejahtera: Kepimpinan yang Bekerja, Negeri yang Terbela
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Deepavali Peringkat Putrajaya, hari ini.
Dalam pada itu, Tengku Adnan bersama isteri turut mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat Hindu yang meraikannya, khususnya di Putrajaya.
Beliau berharap perayaan cahaya itu terus menjadi ruang mempererat hubungan antara masyarakat berbilang kaum, selain menyemarakkan nilai kebersamaan dalam membina negara yang aman dan sejahtera.
“Semoga perayaan cahaya ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian, kemakmuran dan kesejahteraan buat anda sekeluarga,” katanya lagi. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Agenda Pahang 1st: Pembangunan Berjalan Seiring Pemeliharaan Alam
- Hari Keputeraan: Ahmad Zahid Rafak Sembah Yang di-Pertuan Agong
- Penyelesaian Terbaik Untuk Negeri Sembilan – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
BN Perkukuh Kesepakatan, Perjelas Hala Tuju Bersama – Ahmad Zahid
You must be logged in to post a comment.