Pearly-Thinaah raih kejuaraan kedua Terbuka Hong Kong
Pearly-Thinaah raih kejuaraan kedua Terbuka Hong Kong

Kuala Lumpur: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mengulangi kejayaan dua tahun lalu apabila sekali lagi muncul juara Terbuka Hong Kong, sekali gus melengkapkan kejayaan berganda Malaysia bersama beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, hari ini.
Pasangan ranking keempat dunia itu menewaskan beregu Jepun, Sumire Nakade-Miyu Takahashi yang menghuni ranking ke-11 dunia, 22-20, 21-16 pada aksi final di Arena Kai Tak untuk merangkul gelaran Jelajah Dunia ketiga mereka tahun ini.
Kemenangan itu diraih selepas gandingan negara mempamerkan ketenangan dan kematangan permainan untuk menundukkan pasangan muda Jepun, Sumire Nakade-Miyu Takahashi dalam aksi final yang berlangsung sengit.
Turun dengan misi memburu gelaran, Pearly-Thinaah bagaimanapun bermula agak perlahan sebelum berjaya memperkemaskan permainan dan mula memberikan tentangan sengit kepada lawan.
Selepas interval ketika ketinggalan 10-11, aksi semakin menarik dengan kedua-dua pasangan saling mengejar mata sehingga kedudukan terikat 20-20.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UniKL Sasar Lahir Lebih Ramai Pencipta Teknologi, Inovator
- UMNO Mesti Kukuh, Jangan Terpesong Dengan Polemik Politik – Tengku Adnan
- Belanjawan 2027 Pahang Komprehensif, Hasil Pengurusan Pentadbiran Cekap – Shahaniza
Johor Maju, Rakyat Sejahtera: Kepimpinan yang Bekerja, Negeri yang Terbela
Namun, pengalaman dan ketenangan gandingan negara menjadi pemisah apabila Pearly-Thinaah berjaya mengutip dua mata berturut-turut untuk menutup set pertama 22-20.
Memasuki set kedua, Nakade-Takahashi sekali lagi memberikan tentangan apabila berjaya mengejar dan mendahului 11-10 ketika interval, sekali gus menyaksikan pasangan negara perlu bekerja keras untuk mengawal permainan.
Bagaimanapun, Pearly-Thinaah tidak mudah goyah apabila kembali menemui rentak untuk melebarkan jurang mata dan mendahului 19-16 sebelum terus mengekalkan momentum bagi mengesahkan kemenangan 21-16.
Kejayaan itu cukup bermakna buat Pearly-Thinaah apabila mereka turut menebus kekecewaan tewas kepada pasangan sama pada final Terbuka Taiwan, Ogos lalu.
Lebih manis, kemenangan berkenaan menyaksikan pasangan negara itu kembali menguasai kejohanan berstatus Super 500 berkenaan selepas kali pertama melakukannya pada 2024.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KLSACH: Kenapa Kerajaan Tergesa-gesa Lulus Pajakan 99 Tahun
- Belanjawan Johor 2027: Peruntukan Besar Untuk Pesisir, Sungai Dan Kebajikan Nelayan
- Penyebaran Minit Mesyuarat: Pihak Berkuasa Perlu Beri Penjelasan Rasmi
Jangan Permainkan Institusi Raja, UMNO Sabah Gesa Kerajaan Beri Penjelasan
Sebelum ini, Pearly-Thinaah turut mencipta kejayaan pada Masters Indonesia berstatus Super 500, Januari lalu, sebelum menjuarai Terbuka Denmark berstatus Super 750 bulan lalu.
Kejayaan mereka melengkapkan hari gemilang badminton negara di Hong Kong selepas Wei Chong-Kai Wun terlebih dahulu menamatkan penantian 27 tahun Malaysia untuk muncul juara beregu lelaki kejohanan itu.
Pearly-Thinaah raih kejuaraan kedua Terbuka Hong Kong
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Agenda Pahang 1st: Pembangunan Berjalan Seiring Pemeliharaan Alam
- Hari Keputeraan: Ahmad Zahid Rafak Sembah Yang di-Pertuan Agong
- Penyelesaian Terbaik Untuk Negeri Sembilan – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
BN Perkukuh Kesepakatan, Perjelas Hala Tuju Bersama – Ahmad Zahid
You must be logged in to post a comment.