UniKL Sasar Lahir Lebih Ramai Pencipta Teknologi, Inovator
UniKL Sasar Lahir Lebih Ramai Pencipta Teknologi, Inovator

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Universiti Kuala Lumpur (UniKL) terus melahirkan lebih ramai pencipta teknologi, inovator dan usahawan teknologi (technopreneur) yang mampu membina inovasi berasaskan kepakaran sendiri serta membawa nama Malaysia ke tahap lebih tinggi.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau merafak sembah menjunjung kasih atas keberangkatan bercemar duli Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah; serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ke Majlis Konvokesyen Ke-23 UniKL pagi Sabtu.
“Patik juga merafak sembah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke sisi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang atas pemasyhuran sebagai Tuanku Canselor UniKL yang baharu. Semoga di bawah naungan Tuanku, UniKL terus berkembang sebagai institusi pendidikan tinggi yang unggul dalam melahirkan graduan berkemahiran dan berdaya saing.
“Alhamdulillah, cukup membanggakan apabila melihat 8,147 graduan diraikan pada kali ini, termasuk graduan antarabangsa, Huffaz Teknologis dan graduan daripada program-program baharu. Lebih istimewa, UniKL turut meraikan graduannya yang ke-100,000 sejak penubuhannya pada tahun 2002,” katanya.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, pendidikan yang sebenar mampu mengubah kehidupan dan mobiliti sosial kepada generasi seterusnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KLSACH: Kenapa Kerajaan Tergesa-gesa Lulus Pajakan 99 Tahun
- Belanjawan Johor 2027: Peruntukan Besar Untuk Pesisir, Sungai Dan Kebajikan Nelayan
- Penyebaran Minit Mesyuarat: Pihak Berkuasa Perlu Beri Penjelasan Rasmi
Jangan Permainkan Institusi Raja, UMNO Sabah Gesa Kerajaan Beri Penjelasan

“Seperti yang saya sebutkan sebentar tadi, pendidikan yang benar-benar berjaya ialah pendidikan yang mampu mengubah kehidupan dan membuka mobiliti sosial kepada generasi seterusnya. Teruskanlah belajar, bina keyakinan, berani mencuba jangan takut untuk mengambil peluang.
“Saya mahu melihat lebih ramai daripada anda menjadi pencipta teknologi, inovator dan technopreneur yang mampu membina sesuatu dengan kepakaran sendiri dan membawa nama Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.
“Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada seluruh graduan, para ibu bapa, barisan pensyarah dan warga UniKL. Saya mendoakan semoga langkah selepas ini membawa anda lebih jauh dan suatu hari nanti, biarlah Malaysia pula berbangga dengan teknologi, inovasi dan kejayaan yang anda cipta.
“Menjunjung kasih Tuanku,” katanya lagi. – UMNO Online
UniKL Sasar Lahir Lebih Ramai Pencipta Teknologi, Inovator
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Agenda Pahang 1st: Pembangunan Berjalan Seiring Pemeliharaan Alam
- Hari Keputeraan: Ahmad Zahid Rafak Sembah Yang di-Pertuan Agong
- Penyelesaian Terbaik Untuk Negeri Sembilan – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
BN Perkukuh Kesepakatan, Perjelas Hala Tuju Bersama – Ahmad Zahid
You must be logged in to post a comment.