UMNO Mesti Kukuh, Jangan Terpesong Dengan Polemik Politik – Tengku Adnan
UMNO Mesti Kukuh, Jangan Terpesong Dengan Polemik Politik – Tengku Adnan

PUTRAJAYA, 22 Nov – UMNO perlu terus memperkukuh kekuatan dalaman dan memastikan kesatuan parti bermula dari akar umbi bagi menjamin perpaduan tidak mudah goyah berdepan pelbagai cabaran politik semasa.
Bendahari UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Dr Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kekuatan sebenar parti bukan sekadar bergantung kepada kepimpinan di peringkat tertinggi, sebaliknya perlu dibina melalui kesepaduan dan semangat juang seluruh ahli di setiap peringkat.
Menurut beliau, semangat Gelombang Biru yang disemarakkan di Johor, kemudian di Negeri Sembilan dan Melaka perlu terus digerakkan di seluruh negara khususnya Putrajaya sebagai usaha memperkukuh kedudukan UMNO dalam arena politik negara.
“Semangat Gelombang Biru dari Johor, Negeri Sembilan dan Melaka mesti kita semarakkan di Putrajaya. Kita tidak boleh hanya melihat perkembangan di negeri lain, sebaliknya perlu membawa semangat dan momentum itu ke kawasan sendiri.
“UMNO mesti kuat dari akar umbi. Perpaduan perlu dipelihara dan kekuatan dalaman parti mesti diperkukuh supaya kita tidak mudah goyah apabila berdepan sebarang cabaran,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KLSACH: Kenapa Kerajaan Tergesa-gesa Lulus Pajakan 99 Tahun
- Belanjawan Johor 2027: Peruntukan Besar Untuk Pesisir, Sungai Dan Kebajikan Nelayan
- Penyebaran Minit Mesyuarat: Pihak Berkuasa Perlu Beri Penjelasan Rasmi
Jangan Permainkan Institusi Raja, UMNO Sabah Gesa Kerajaan Beri Penjelasan
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Putrajaya semalam.
Tengku Adnan berkata, pelbagai isu dan polemik politik yang timbul ketika ini tidak seharusnya mengalih perhatian ahli daripada tanggungjawab utama untuk memperkukuh parti.
Katanya, UMNO perlu kekal fokus kepada agenda membina kekuatan organisasi, merapatkan saf perjuangan serta memastikan setiap peringkat kepimpinan dan ahli bergerak dalam satu matlamat.
“Memang banyak isu dan polemik politik yang berlaku, tetapi jangan sampai perkara itu memesongkan fokus kita daripada usaha memperkukuh UMNO.
“Kita perlu membina kekuatan sendiri. UMNO mesti kuat kerana kekuatan organisasi, perpaduan dan sokongan akar umbi, bukannya dilihat kuat hanya kerana kelemahan parti lain,” tegasnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Laporan Polis Dedah Dokumen Didakwa Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan
- Dokumen Sulit Lembaga Pengampunan Bocor? PDRM Digesa Siasat
- Penularan Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan Suatu Bentuk Hasutan, Meremeh Kuasa Agong
Dedah Dokumen Sulit: UMNO Kedah Gesa Tony Pua, Dap Segera Disiasat
Beliau menambah, kekuatan parti perlu diterjemahkan melalui kesungguhan bekerja, kesetiaan kepada perjuangan serta keupayaan mendekati rakyat.
Justeru, seluruh warga UMNO Bahagian Putrajaya perlu mengambil semangat kebangkitan itu sebagai dorongan untuk terus memperkukuh parti dan memastikan UMNO kekal relevan serta diyakini rakyat. – UMNO Online
UMNO Mesti Kukuh, Jangan Terpesong Dengan Polemik Politik – Tengku Adnan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Agenda Pahang 1st: Pembangunan Berjalan Seiring Pemeliharaan Alam
- Hari Keputeraan: Ahmad Zahid Rafak Sembah Yang di-Pertuan Agong
- Penyelesaian Terbaik Untuk Negeri Sembilan – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
BN Perkukuh Kesepakatan, Perjelas Hala Tuju Bersama – Ahmad Zahid
You must be logged in to post a comment.