Aaron-Roy King terus ‘mengganas’

Aaron-Roy King terus ‘mengganas’

Aaron-Roy King terus 'mengganas'
AARON-ROY KING makin berbisa, tempat tiket ke pusingan kedua Terbuka Hong Kong, -FOTO AFP

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Aaron Tai-Yap Roy King terus mengekalkan momentum cemerlang apabila mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Terbuka Hong Kong, hari ini.

Masih segar dengan kejayaan menjulang kejuaraan Masters Kumamoto di Jepun, Ahad lalu, pasangan ranking ke-38 dunia itu mempamerkan aksi meyakinkan untuk menewaskan wakil Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin yang menghuni ranking ke-20 dunia, 21-17, 21-14 dalam tempoh 29 minit di Kai Tak Arena.

Kemenangan itu menyaksikan Aaron-Roy King meneruskan rentak positif selepas turut muncul juara Terbuka Artik di Finland bulan lalu, selain mara ke separuh akhir Terbuka Hylo di Jerman.

Menanti mereka pada pusingan kedua ialah gandingan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin yang juga pemenang pingat emas Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 bagi perebutan tiket ke suku akhir.

Sementara itu, beregu wanita muda negara, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan turut meneruskan kemaraan selepas menewaskan pasangan Ornnicha Jongsathapornparn-Sabrina Sophita Wedler dari Thailand 21-18, 21-16.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Minit Lembaga Pengampunan: Dap Jangan Heret Institusi Raja Ke Medan Politik


Mereka akan berdepan wakil Taiwan, Hsu Yin Hui-Lin Jhih Yun pada pusingan kedua bagi memburu tempat ke suku akhir

Aaron-Roy King terus ‘mengganas’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dedah Dokumen Sulit: UMNO Kedah Gesa Tony Pua, Dap Segera Disiasat

 

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker