Kawalan emosi kunci kebangkitan Pearly-Thinaah
Kawalan emosi kunci kebangkitan Pearly-Thinaah

Kuala Lumpur: Keupayaan mengawal emosi dan mengekalkan keyakinan ketika berdepan tekanan menjadi kunci kebangkitan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah untuk menjuarai Terbuka Hong Kong, hari ini.
Pearly mengakui lebih berpuas hati bukan sekadar kerana kejayaan merangkul gelaran, sebaliknya kemampuan mereka mengurus emosi dan keyakinan ketika berdepan situasi sukar sepanjang kejohanan.
Katanya, kekalahan pada pusingan pertama kejohanan minggu lalu memberi kesan kepada mereka, namun perbincangan dari hati ke hati membantu kedua-duanya memperbaiki kelemahan dan kembali dengan pendekatan lebih positif.
“Saya sangat gembira bukan kerana kami menang, tetapi kerana kami tahu bagaimana untuk mengendalikan keadaan apabila sesuatu tidak berjalan dengan baik, selain mengurus emosi dan keyakinan ketika berada di gelanggang,” katanya kepada BWF.
Thinaah pula berkata, komunikasi yang lebih baik antara mereka membantu mengharungi turun naik prestasi sepanjang minggu, sekali gus memastikan fokus tidak terganggu ketika berdepan lawan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UniKL Sasar Lahir Lebih Ramai Pencipta Teknologi, Inovator
- UMNO Mesti Kukuh, Jangan Terpesong Dengan Polemik Politik – Tengku Adnan
- Belanjawan 2027 Pahang Komprehensif, Hasil Pengurusan Pentadbiran Cekap – Shahaniza
Johor Maju, Rakyat Sejahtera: Kepimpinan yang Bekerja, Negeri yang Terbela
Beliau berkata, mereka mahu melupakan kekecewaan minggu sebelumnya dan memulakan kempen di Hong Kong dengan fikiran lebih segar serta tumpuan lebih tinggi.
Pearly turut mendedahkan kemahiran melakukan pukulan junam lembut (drop shot) yang dipamerkannya sepanjang kejohanan bukan sesuatu yang baharu, sebaliknya sudah diajar bapanya sejak kecil.
Bagaimanapun, katanya, kemahiran itu hanya dapat digunakan dengan baik apabila berada dalam keadaan tenang dan tidak terlalu ghairah untuk memburu kemenangan.
“Sejak kecil, ayah mengajar saya kemahiran ini. Apabila berada dalam keadaan tenang, saya boleh menggunakannya, tetapi apabila tidak tenang dan terlalu ingin menang, saya akan terlupa kemahiran itu.
“Jadi, apabila kami tahu bagaimana mengawal emosi, kemahiran ini dapat digunakan dengan baik,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KLSACH: Kenapa Kerajaan Tergesa-gesa Lulus Pajakan 99 Tahun
- Belanjawan Johor 2027: Peruntukan Besar Untuk Pesisir, Sungai Dan Kebajikan Nelayan
- Penyebaran Minit Mesyuarat: Pihak Berkuasa Perlu Beri Penjelasan Rasmi
Jangan Permainkan Institusi Raja, UMNO Sabah Gesa Kerajaan Beri Penjelasan
Pearly-Thinaah membuktikan kematangan itu apabila menewaskan pasangan Jepun, Sumire Nakade-Miyu Takahashi, 22-20, 21-16 pada final untuk merangkul gelaran Terbuka Hong Kong buat kali kedua selepas kejayaan pada 2024.
Kawalan emosi kunci kebangkitan Pearly-Thinaah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Agenda Pahang 1st: Pembangunan Berjalan Seiring Pemeliharaan Alam
- Hari Keputeraan: Ahmad Zahid Rafak Sembah Yang di-Pertuan Agong
- Penyelesaian Terbaik Untuk Negeri Sembilan – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
BN Perkukuh Kesepakatan, Perjelas Hala Tuju Bersama – Ahmad Zahid
You must be logged in to post a comment.