Dua beregu lelaki negara mara ke pusingan kedua

Dua beregu lelaki negara mara ke pusingan kedua

Dua beregu lelaki negara mara ke pusingan kedua
WEI CHONG-KAI WUN mara ke pusingan kedua Terbuka Hong Kong. -FOTO Arki

Kuala Lumpur: Dua beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Nur Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong meneruskan cabaran di Terbuka Hong Kong selepas masing-masing mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua, hari ini.

Wei Chong-Kai Wun yang menghuni ranking kesembilan dunia tidak berdepan masalah untuk melepasi halangan pertama apabila hanya mengambil masa 25 minit untuk menundukkan gandingan Thailand, Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul 21-10, 21-14.

Juara Terbuka Perancis itu bakal berdepan pemenang pertemuan antara pasangan India, Hariharan Amsakarunan-M R Arjun atau wakil Taiwan, He Zhe Wei-Huang Jui Hsuan bagi merebut tiket ke suku akhir, esok.

Sementara itu, gandingan profesional, Azriyn-Wee Kiong turut mengesahkan kemaraan selepas dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan beregu Jepun, Haruki Kawabe-Kenta Matsukawa 21-16, 17-21, 21-19.

Namun, cabaran lebih getir menanti mereka pada pusingan kedua apabila dijadual berdepan pasangan pilihan kelima dari ndia, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty bagi perebutan tempat ke suku akhir.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Minit Lembaga Pengampunan: Dap Jangan Heret Institusi Raja Ke Medan Politik


Dalam acara perseorangan wanita, Wong Ling Ching turut meneruskan kemaraan selepas bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan wakil Amerika Syarikat, Ishika Jaiswal dalam pertarungan tiga set 16-21, 21-17, 21-15 selepas 64 minit.

Ling Ching dijadual berdepan pemenang pertemuan antara pilihan ketiga dari Thailand, Ratchanok Intanon dan Peng Yu Wei dari Taiwan pada pusingan kedua.

Bagaimanapun, nasib berbeza dialami perseorangan lelaki profesional negara, Cheam June Wei yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal selepas tewas kepada pemain nombor tiga dunia dari Denmark, Anders Antonsen 15-21, 14-21.

Dua beregu lelaki negara mara ke pusingan kedua


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dedah Dokumen Sulit: UMNO Kedah Gesa Tony Pua, Dap Segera Disiasat

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker