Zhiyi mahu kerja lebih keras, buru dominasi Se-young

Zhiyi mahu kerja lebih keras, buru dominasi Se-young

Zhiyi mahu kerja lebih keras, buru dominasi Se-young
REAKSI Zhiyi selepas menewaskan lawan dari Thailand Pornpawee dalam acara perseorangan wanita. -FOTO AFP

Hong Kong: Wang Zhiyi muncul juara Terbuka Hong Kong dengan bergaya namun pemain China itu mengakui perlu bekerja lebih keras jika mahu menghalang pemain nombor satu dunia, An Se-young daripada mencipta sejarah.

Dengan juara Olimpik dan dunia itu tidak menyertai kejohanan bagi mendapatkan rehat secukupnya, Zhiyi memanfaatkan peluang untuk merangkul gelaran tanpa kehilangan sebarang set sepanjang kejohanan.

Dalam musim yang menyaksikan Se-young dari Korea Selatan mendominasi arena badminton, Zhiyi menewaskan wakil Thailand, Pornpawee Chochuwong 21-16, 21-11 pada aksi final perseorangan wanita.

Kejayaan itu menjadi gelaran kedua Zhiyi, 26, tahun ini selepas mengejutkan Se-young pada final kejohanan berprestij All England pada Mei lalu.

Kekalahan itu satu-satunya noktah dalam musim luar biasa Se-young yang tidak pernah tewas sejak itu, selain memenangi 11 gelaran sepanjang 2026.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Johor Maju, Rakyat Sejahtera: Kepimpinan yang Bekerja, Negeri yang Terbela


Se-young dijangka kembali beraksi pada kejohanan penutup musim, Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, bulan depan.

Jika berjaya muncul juara, pemain berusia 24 tahun itu bakal menjadi pemain pertama dalam sejarah badminton, lelaki atau wanita, memenangi 12 gelaran dalam satu musim.

Ketika ditanya AFP mengenai cara untuk menewaskan Se-young, Zhiyi yang menghuni ranking ketiga dunia mengimbas gurauan pemain Korea Selatan itu yang pernah memberitahunya supaya bekerja lebih keras.

“Ya Tuhan, saya tidak tahu.

“Dia berkata saya perlu bekerja lebih keras, lebih keras daripadanya.

“Permainannya sangat mantap, tidak melakukan kesilapan dan begitu konsisten. Memang sukar untuk menewaskannya,” kata Zhiyi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Permainkan Institusi Raja, UMNO Sabah Gesa Kerajaan Beri Penjelasan


Selepas menewaskan Pornpawee pada final, Zhiyi sempat meletakkan tangan di telinga bagi mengajak penonton memberikan sorakan sebelum menanggalkan ikat kepala dan membalingnya ke arah penonton.

“Saya benar-benar menikmati detik itu dan suasana di gelanggang,” katanya.

Sementara itu, Thailand sekali lagi berdepan kekecewaan pada final perseorangan lelaki apabila Kunlavut Vitidsarn menarik diri daripada perlawanan menentang wakil Denmark, Anders Antonsen akibat kecederaan belakang.

Malaysia pula menamatkan penantian 27 tahun untuk meraih gelaran beregu lelaki Terbuka Hong Kong menerusi gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

Mereka menewaskan pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 21-19, 21-18 untuk merangkul kejuaraan.

Kejayaan beregu negara turut dilengkapkan Pearly Tan-M Thinaah yang muncul juara beregu wanita.

Sementara itu, gandingan China, Feng Yanzhe-Huang Dongping memenangi final beregu campuran selepas menewaskan rakan senegara dalam perlawanan tiga set.

Zhiyi mahu kerja lebih keras, buru dominasi Se-young


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Perkukuh Kesepakatan, Perjelas Hala Tuju Bersama – Ahmad Zahid

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker