Beban Tugas Petugas Hospital Tampin Perlu Ditangani Segera – Mohd Isam
Beban Tugas Petugas Hospital Tampin Perlu Ditangani Segera – Mohd Isam

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa membangkitkan beberapa isu berkaitan kekangan tenaga kerja dan pengurusan operasi Hospital Tampin yang memerlukan perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tampin berkata beberapa aduan diterima daripada warga kerja hospital berkenaan berhubung kekangan yang semakin memberi kesan kepada kelancaran operasi serta kebajikan kakitangan.
“Kekurangan pegawai perubatan sehingga menyebabkan beban tugas kakitangan sedia ada semakin meningkat. Pegawai perubatan terpaksa melaksanakan tugas pentadbiran, yang mana mereka ini sepatutnya memberikan tumpuan kepada perkhidmatan klinikal dan rawatan pesakit.
“Kakitangan tertentu terpaksa bertugas pada hujung minggu, ada yang sehingga tiga kali dalam seminggu. Kekerapan tugas on-call yang tinggi sehingga menjejaskan masa rehat.
“Kekurangan tenaga kerja sehingga terpaksa menggabungkan pengurusan wad perubatan dan bukan perubatan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenapa Projek Pembangunan Ditangguh Di Kawasan BN-PN – Ramli
- Beaufort Minta Status Terkini Dua Projek Pembangunan Jalan Raya
- Johor Iktiraf Sumbangan, Kecemerlangan Masyarakat Orang Asli
Pertumbuhan Ekonomi Perak Di Landasan Tepat, ‘Hasil Dirasa, Keyakinan Dibina’
Mohd Isam berkata demikian ketika Perbahasan Belanjawan 2027 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Kesihatan di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu beliau turut sama membangkitkan isu berkaitan kemudahan ambulans dan perkhidmatan kecemasan di seluruh negara yang memerlukan perhatian.
Katanya ini kerana kelewatan mendapatkan rawatan ketika kecemasan boleh mengancam nyawa pesakit.
“Bagi pesakit yang mengalami serangan jantung, strok, kemalangan jalan raya atau kecemasan perubatan lain. Kelewatan mendapatkan rawatan bakal mengancam nyawa.
“Saya mencadangkan supaya KKM menjalankan pemetaan keperluan ambulans berdasarkan jumlah penduduk, jarak perjalanan dan jumlah kes kecemasan bagi setiap daerah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KUSKOP Giat Perkasa Kerjasama Strategik Bersama Platform e-Dagang Global
- Perlombongan Mata Wang Kripto: 265 Serbuan Telah Dilaksanakan
- “Saya Ketua Menteri Untuk Seluruh Rakyat Melaka” – Ab Rauf
Fitnah Projek Johor: Onn Hafiz Seru Rakyat Semak Kesahihan Maklumat
“Kita juga perlu menoktahkan isu pesakit kritikal yang terpaksa menunggu terlalu lama sehingga mengancam nyawa mereka hanya kerana kekurangan ambulans atau kekangan petugas,” ujar beliau. – UMNO Online
Beban Tugas Petugas Hospital Tampin Perlu Ditangani Segera – Mohd Isam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Kekal Membiru Di Melaka, Solidariti Jentera Kekuatan Perjuangan
- Melaka Tak Relaks… Fokus Khidmat Pada Rakyat
- ‘Rakyat Beaufort Tidak Boleh Terus Menunggu Tanpa Kepastian…’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
RM4.67 Juta Jadi RM1,000, Jangan Lari Daripada Persoalan Sebenar
You must be logged in to post a comment.