Dekati Rakyat, Perluas Peluang Miliki Rumah Sendiri – Mohd Jafni

Dekati Rakyat, Perluas Peluang Miliki Rumah Sendiri – Mohd Jafni

Dekati Rakyat, Perluas Peluang Miliki Rumah Sendiri – Mohd Jafni

JOHOR BAHRU, 17 Nov – Usaha memperluas akses rakyat terhadap maklumat dan peluang memiliki kediaman sendiri terus diperkasakan menerusi Program Reach Out Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) bersama warga Pentadbiran Agama Negeri Johor di Pusat Islam Iskandar Johor, hari ini.

Program berkenaan disertai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor merangkap ADUN Bukit Permai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor serta Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Mohd Fared Mohd Khalid.

Mohd Jafni berkata, pendekatan turun padang itu penting bagi memastikan maklumat berkaitan inisiatif dan peluang perumahan kerajaan negeri dapat disampaikan secara terus kepada rakyat, khususnya golongan yang berhasrat memiliki rumah sendiri.

“Memiliki rumah sendiri merupakan impian setiap keluarga kerana kediaman bukan sekadar tempat berteduh, malah menjadi asas kepada kehidupan yang lebih stabil, selesa dan terjamin untuk masa depan anak-anak.

“Sebab itu, kita mahu maklumat mengenai peluang perumahan sampai terus kepada golongan yang memerlukan supaya mereka mengetahui pilihan yang tersedia, memahami syarat serta mendapat panduan mengenai proses permohonan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertumbuhan Ekonomi Perak Di Landasan Tepat, ‘Hasil Dirasa, Keyakinan Dibina’

Menerusi program itu, warga Pentadbiran Agama Negeri Johor berpeluang mendapatkan penerangan secara langsung mengenai produk perumahan PKPJ, selain mengemukakan pertanyaan dan mendapatkan penjelasan berkaitan peluang serta kaedah permohonan.

Menurut beliau, inisiatif seumpama itu perlu diperluas ke lebih banyak jabatan dan agensi bagi memudahkan rakyat mendapatkan maklumat tepat tanpa perlu berdepan kesukaran mendapatkan penjelasan.

“Keutamaan kita adalah rakyat. Kita mahu setiap lapisan masyarakat mendapat akses kepada maklumat perumahan, memahami hak dan peluang yang ada serta tidak tercicir daripada menikmati inisiatif yang disediakan kerajaan negeri,” katanya.

Dekati Rakyat, Perluas Peluang Miliki Rumah Sendiri – Mohd Jafni

Beliau berkata, usaha berkenaan turut menyokong agenda Maju Johor yang diterajui Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan, termasuk menyediakan akses kepada kediaman yang mampu dimiliki, berkualiti dan selesa.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada YB Mohd Fared, warga Pentadbiran Agama Negeri Johor serta pasukan PKPJ atas kerjasama menjayakan program berkenaan.

Katanya, kerajaan negeri akan terus memperkukuh pendekatan penyampaian perkhidmatan secara langsung agar lebih ramai rakyat Johor berpeluang merealisasikan impian memiliki kediaman sendiri. – UMNO Online

Dekati Rakyat, Perluas Peluang Miliki Rumah Sendiri – Mohd Jafni


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

RM4.67 Juta Jadi RM1,000, Jangan Lari Daripada Persoalan Sebenar

 

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker