Baru seminggu keluar penjara, lelaki positif dadah curi pikap ditahan

Baru seminggu keluar penjara, lelaki positif dadah curi pikap ditahan

Baru seminggu keluar penjara, lelaki positif dadah curi pikap ditahan
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah. – Foto fail NSTP

JITRA: Baru seminggu keluar penjara, seorang lelaki memecah masuk sebuah kilang sebelum melarikan pikap di Taman Kempas, Sungai Petani, semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, berkata suspek 31 tahun diberkas selepas dikejar dan polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan bagi menghentikan tindakannya.

Polis menerima laporan jam 10.20 pagi selepas pekerja kilang menyedari premis di Taman Perindustrian Ringan, Taman Kempas Utama, dipecah masuk kira-kira jam 7.50 pagi.

“Susulan laporan diterima, kira-kira jam 5.30 petang hari sama, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang menjalankan rondaan di Sungai Lalang terserempak sebuah pikap yang sepadan dengan kenderaan dilaporkan hilang.

“Bagaimanapun, nombor pendaftaran kenderaan itu sudah ditukar. Apabila diarahkan berhenti, pemandunya memecut dan melarikan diri dan dikejar hingga ke kawasan ladang Thai Seng, Bukit Selambau,” katanya pada sidang media sempena program bersama Kelab Media Elite Kedah (KMEK) yang turut disertai 30 pengamal media dalam pertandingan menembak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Minit Lembaga Pengampunan: Dap Jangan Heret Institusi Raja Ke Medan Politik


Adzli berkata suspek turut melanggar kenderaan orang awam dan merempuh kenderaan polis sebelum ditahan tanpa kecederaan.

Pemeriksaan menemui peralatan dipercayai digunakan untuk pecah rumah dan mencuri kabel, termasuk kuku kambing.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah, manakala semakan rekod mendapati dia mempunyai lapan rekod lampau, iaitu empat kes jenayah dan empat kes dadah,” katanya.

Baru seminggu keluar penjara, lelaki positif dadah curi pikap ditahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dedah Dokumen Sulit: UMNO Kedah Gesa Tony Pua, Dap Segera Disiasat

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker