Lelaki Nepal didakwa bunuh kenalan wanita di bilik hotel
Lelaki Nepal didakwa bunuh kenalan wanita di bilik hotel

MELAKA: Pengawal keselamatan warga Nepal didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh wanita rakan senegara di hotel Jalan Munshi Abdullah, di sini, Jun lalu.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Tamang Bal Bahadur, 43, yang mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nur Afiqah Radhiah Zainurin.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan sehingga mengakibatkan kematian mangsa, Manju Tamang, 34, yang juga operator kilang di Pontian Johor.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik hotel antara jam 11.50 malam pada 27 Jun hingga 4.23 pagi, 28 Jun lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali jika tidak dijatuhi hukuman mat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Gesa Penjelasan Rasmi Mengenai Minit Lembaga Pengampunan
- Johor Siap Siaga Hadapi Banjir, Pastikan Calon SPM dan STPM Tidak Tercicir – Dr Naqib
- Penduduk Pesisir Pantai Diminta Waspada Hujan Lebat, Air Pasang Besar
Minit Lembaga Pengampunan: Dap Jangan Heret Institusi Raja Ke Medan Politik
Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Zaidah Muhamad Zailani memohon tarikh sebutan baharu bagi mendapatkan laporan bedah siasat dan tidak menawarkan sebarang jaminan.
Mahkamah menetapkan 21 Disember depan untuk sebutan semula kes dan perintah seperti dipohon pihak pendakwaan.
Difahamkan hasil siasatan polis mendapati si mati yang bekerja dan tinggal di Johor datang menemui tertuduh di Melaka selepas berkenalan di TikTok.
Tertuduh menafikan mereka adalah pasangan kekasih, sebaliknya hanya rakan biasa dan kes disyaki berpunca akibat masalah hutang.
Lelaki Nepal didakwa bunuh kenalan wanita di bilik hotel
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Laporan Polis Dedah Dokumen Didakwa Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan
- Dokumen Sulit Lembaga Pengampunan Bocor? PDRM Digesa Siasat
- Penularan Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan Suatu Bentuk Hasutan, Meremeh Kuasa Agong
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dedah Dokumen Sulit: UMNO Kedah Gesa Tony Pua, Dap Segera Disiasat
You must be logged in to post a comment.