Polis Dubai pilih superbike BMW jadi motosikal peronda, mampu cecah kelajuan 314 km/j

Polis Dubai pilih superbike BMW jadi motosikal peronda, mampu cecah kelajuan 314 km/j

Polis Dubai pilih superbike BMW jadi motosikal peronda, mampu cecah kelajuan 314 km/j
POLIS Dubai memperkenalkan motosikal BMW M 1000 RR, di Sidang Kemuncak Polis Dunia. – Aghaddir Ali/Gulf News

DUBAI – Polis Dubai menambah koleksi kenderaan rondaan mewah pasukan keselamatan di negara Emeriah Arab Bersatu (UAE) itu dengan memperkenalkan superbike BMW M 1000 RR yang mampu mencapai kelajuan maksimum 314 kilometer sejam (km/j), lapor saluran berita Gulf News.

Motosikal berkenaan dilancarkan menerusi kerjasama dengan AGMC pada hari pertama Sidang Kemuncak Polis Dunia yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Dubai, baru-baru ini.

Penambahan motosikal berkenaan merupakan sebahagian daripada strategi Polis Dubai untuk memanfaatkan teknologi automotif terkini, selain memperkukuh kehadiran anggota keselamatan di kawasan tumpuan pelancong dan mercu tanda utama di seluruh negara itu.

Pengarah Jabatan Am Pengangkutan dan Penyelamat, Ali Al Muhairi, berkata kerjasama dengan AGMC itu dijangka meningkatkan kehadiran polis di destinasi pelancongan popular.

Menurutnya, inisiatif berkenaan bukan sahaja bertujuan meningkatkan tahap keselamatan dan keyakinan pengunjung, malah menambah baik perkhidmatan kepolisan serta bantuan kepada pelancong dan pengunjung. – AGENSI

Polis Dubai pilih superbike BMW jadi motosikal peronda, mampu cecah kelajuan 314 km/j


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dedah Dokumen Sulit: UMNO Kedah Gesa Tony Pua, Dap Segera Disiasat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker