Curi barang dapur RM394, bapa lima anak dipenjara enam bulan
Curi barang dapur RM394, bapa lima anak dipenjara enam bulan

KUALA LUMPUR: Bapa kepada lima anak dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, selepas mengaku bersalah mencuri barangan pasar raya bernilai RM394 di Kelantan, bulan lalu.
Wan Eskandar Wan Julihi, 43, didapati mencuri 12 paket susu formula bayi, sembilan paket minuman coklat, minuman ringan, makanan ringan dan pembuka tin dari pasar raya PKT Pasir Tumboh pada 11 Oktober lalu.
Dalam alasan penghakiman bertarikh 1 November, Majistret R Vinoshen, berkata kesempitan hidup dan tanggungjawab keluarga yang ditanggung tertuduh tidak secara automatik membolehkan hukuman lebih ringan diberikan kepadanya.
Beliau turut memetik peribahasa Tamil purba yang membawa maksud seseorang tidak seharusnya melakukan perbuatan salah atau tidak bermoral walaupun ibunya sendiri sedang kelaparan.
“Walaupun melihat ibu sendiri kelaparan, seseorang tidak sepatutnya melakukan perbuatan tidak bermoral atau memalukan sehingga mengundang kecaman golongan bijaksana,” katanya ketika menjelaskan maksud peribahasa berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama BN-PN Makin Kukuh, Sokongan Akar Umbi Jadi Kekuatan – Dr Asyraf
- Kesiagaan Tinggi, Semangat Jentera BN Jadi Modal Kempen – Mahdzir
Peribahasa itu dipetik daripada Tirukkural, karya sastera Tamil purba yang ditulis ahli falsafah, Tiruvalluvar.
Vinoshen berkata, mahkamah mengambil kira keadaan peribadi Wan Eskandar, namun kepentingan awam dan keperluan memberikan pengajaran supaya pesalah tidak mengulangi kesalahan turut perlu dipertimbangkan.
Peguam tertuduh daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nik Nasrun Nazmi Nik Mohamad, berkata anak guamnya tidak bekerja dan baru dibebaskan dari penjara.
Beliau berkata, Wan Eskandar mempunyai lima anak untuk ditanggung, membayar sewa rumah RM300 sebulan, selain menghidap penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan psoriasis.
Katanya, tertuduh juga menyesali perbuatannya dan memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman lebih ringan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu Dana Projek Jalan Luar Bandar Sabah: PM, MOF Digesa Segera Selesaikan Kekangan
- Politik Konten PH … Tiba-tiba Muncul Waktu Pilihan Raya
- PRN Melaka: Rakyat Tentukan, Keyakinan Politik Bukan Angkuh
Jentera BN Perkukuh Kesatuan, Elak Terjebak Adu Domba – Dr Azhar
Bagaimanapun, Vinoshen berkata, tertuduh bukan pesalah kali pertama kerana pernah disabitkan kesalahan menipu mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan sebelum ini.
“Mahkamah memandang serius perkara ini kerana tertuduh melakukan kesalahan mencuri walaupun pernah menjalani hukuman penjara sebelum ini.
“Dalam keadaan sedemikian, adalah wajar mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan supaya tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatannya,” katanya.
Beliau turut mengingatkan orang ramai bahawa perbuatan mencuri walaupun hanya sebuku roti dari kedai tetap menjadi kesalahan yang boleh dihukum penjara mengikut Kanun Keseksaan.
“Orang ramai perlu ingat bahawa walaupun seseorang hanya mencuri sebuku roti dari kedai, perbuatan itu tetap menjadi kesalahan yang boleh dihukum penjara mengikut Kanun Keseksaan,” katanya.
Majistret itu berkata, pengakuan bersalah tertuduh sememangnya faktor yang boleh meringankan hukuman kerana menjimatkan masa dan kos mahkamah, namun ia tidak bermakna seseorang tertuduh secara automatik berhak mendapat pengurangan hukuman.
Katanya, keputusan mahkamah terdahulu bagi kesalahan mencuri mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan menunjukkan hukuman penjara lazimnya antara satu hingga tiga tahun.
“Bagaimanapun, dalam kes ini, selepas mengambil kira faktor mitigasi tertuduh dan fakta kes, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara hanya enam bulan, iaitu lebih ringan berbanding trend hukuman sedia ada bagi kesalahan seumpama itu.
“Hukuman yang dijatuhkan juga setimpal dengan kesalahan dilakukan tertuduh,” katanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syamsul Ikhmal Ramli.
Curi barang dapur RM394, bapa lima anak dipenjara enam bulan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rosli Tekad Bela Nasib Nelayan, Isu Lesen Jadi Keutamaan
- Pengalaman Politik, Trek Rekod Taruhan Mustafa Di Durian Tunggal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.