Polis siasat video tular wanita tolak, pukul 2 budak di pusat beli-belah
Polis siasat video tular wanita tolak, pukul 2 budak di pusat beli-belah

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung video tular memaparkan seorang wanita yang didakwa menolak dan memukul dua kanak-kanak di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, semalam.
Kes ini mula mendapat perhatian selepas rakaman video berdurasi 35 saat tular di platform Threads dan Facebook.
Video berkenaan memaparkan kekecohan dan pertengkaran mulut antara bapa kanak-kanak terbabit dengan wanita berkenaan di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin, berkata polis menerima laporan rasmi daripada bapa mangsa jam 7.39 malam, hari sama.
“Ketika kejadian jam 3 petang itu, pengadu iaitu lelaki berusia 36 tahun sedang berjalan bersama dua anaknya masing-masing berusia dua dan tujuh tahun.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama BN-PN Makin Kukuh, Sokongan Akar Umbi Jadi Kekuatan – Dr Asyraf
- Kesiagaan Tinggi, Semangat Jentera BN Jadi Modal Kempen – Mahdzir
“Tiba-tiba seorang wanita tidak dikenali menolak anak lelakinya dari arah belakang sehingga terjatuh, selain memukul bahagian belakang kepala anak perempuannya,” katanya melalui kenyataan.
Ahmad Azwan berkata, polis memandang serius kejadian berkenaan dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi merungkai punca sebenar insiden itu.
Polis siasat video tular wanita tolak, pukul 2 budak di pusat beli-belah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rosli Tekad Bela Nasib Nelayan, Isu Lesen Jadi Keutamaan
- Pengalaman Politik, Trek Rekod Taruhan Mustafa Di Durian Tunggal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.