Tayar pecah punca lori hempap MPV ragut nyawa suami isteri
Tayar pecah punca lori hempap MPV ragut nyawa suami isteri

BATU PAHAT: Tayar pecah dipercayai menjadi punca lori membawa muatan tar terbabas sebelum menghempap kenderaan pelbagai guna (MPV), mengakibatkan pasangan suami isteri maut dalam nahas di Kilometer 8.5, Jalan Yong Peng-Muar, dekat Parit Yaani, tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata kemalangan dipercayai berlaku jam 12.30 tengah hari ketika MPV terbabit dalam perjalanan dari arah Yong Peng menghala ke Parit Sulong.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, lori dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan selepas tayarnya pecah sebelum terbabas dan menghempap MPV berkenaan.
“Akibat kejadian itu, pemandu MPV, Mohd Hardi Mohd Husin, 46, dan isterinya, Tengku Syafirana Tengku Abdullah, 44, mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mohd Hardi mengalami kecederaan di kepala dan kedua-dua tangan selain melecur di beberapa bahagian badan. Isterinya pula parah di kepala dan organ dalaman selain turut melecur.
“Dua lagi penumpang MPV iaitu kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang juga anak angkat pasangan terbabit serta anak kandung lelaki berusia lapan tahun mengalami luka dan melecur di kaki selain cedera di kepala.
“Kedua-dua kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian.
“Orang ramai atau saksi kejadian diminta menghubungi polis atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.
Tayar pecah punca lori hempap MPV ragut nyawa suami isteri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rosli Tekad Bela Nasib Nelayan, Isu Lesen Jadi Keutamaan
- Pengalaman Politik, Trek Rekod Taruhan Mustafa Di Durian Tunggal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.