Warga emas cari buluh maut diserang harimau
Warga emas cari buluh maut diserang harimau

SUNGAI SIPUT: Seorang lelaki warga emas maut selepas dipercayai diserang harimau belang ketika mencari buluh di kawasan hutan Lata Serai, Kampung Bawong, di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun, berkata mangsa dikenali sebagai Ngah Itam, 65, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mohd Zolkafly yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang berkata, beliau menerima berita sedih itu daripada Ketua Balai Polis Lintang selepas menghadiri Mesyuarat Penyelarasan MEXCLUB Kali Ke-62, di Desaru, Johor.
“Ini adalah kejadian kedua yang mengorbankan nyawa penduduk akibat serangan harimau di kawasan Sungai Siput dalam tempoh dua bulan.
“Pada 21 September lalu, seorang penduduk Kampung Takong, Pos Perwor, turut meninggal dunia selepas dipercayai diserang harimau ketika mencari rotan di hutan,” katanya dalam satu kenyataan melalui Facebook, malam tadi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Gesa Penjelasan Rasmi Mengenai Minit Lembaga Pengampunan
- Johor Siap Siaga Hadapi Banjir, Pastikan Calon SPM dan STPM Tidak Tercicir – Dr Naqib
- Penduduk Pesisir Pantai Diminta Waspada Hujan Lebat, Air Pasang Besar
Minit Lembaga Pengampunan: Dap Jangan Heret Institusi Raja Ke Medan Politik
Sehubungan itu, beliau berharap pemantauan dan langkah keselamatan di kawasan berisiko dapat ditingkatkan segera bagi mengelak kejadian sama berulang.
Beliau turut meminta penduduk Kampung Bawong dan kawasan berhampiran supaya sentiasa berwaspada, menjauhi lokasi kejadian, serta mematuhi arahan pihak berkuasa.
Selain itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Balai Polis Lintang, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk setempat atas bantuan serta kerjasama diberikan.
Warga emas cari buluh maut diserang harimau
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Laporan Polis Dedah Dokumen Didakwa Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan
- Dokumen Sulit Lembaga Pengampunan Bocor? PDRM Digesa Siasat
- Penularan Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan Suatu Bentuk Hasutan, Meremeh Kuasa Agong
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dedah Dokumen Sulit: UMNO Kedah Gesa Tony Pua, Dap Segera Disiasat
You must be logged in to post a comment.