Anggota polis maut motosikal bergesel dengan kereta
Anggota polis maut motosikal bergesel dengan kereta

KOTA BHARU: Anggota polis maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dalam kemalangan berhampiran Jambatan Pulau Melaka, di sini, petang semalam.
Keadaan jalan yang basah dan licin ketika kejadian mengakibatkan mangsa, Koperal Muhammad Alimi Kamarudin, 35, yang bertugas di Cawangan Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri, berkata dalam kejadian jam 4.45 petang, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.
Katanya, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa datang dari arah Panji menghala ke Kota Jembal dan dipercayai hilang kawalan disebabkan keadaan jalan yang basah sebelum memasuki laluan bertentangan dan bergesel bahagian sisi hadapan kanan Proton X70.
“Kereta Proton X70 dipandu lelaki berusia lingkungan 40-an dalam perjalanan dari arah Kota Jembal menghala ke Panji. Pemandu dan penumpang kenderaan tidak cedera,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
“Mangsa terjatuh atas jalan dan cedera parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Anggota polis maut motosikal bergesel dengan kereta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Laporan Polis Dedah Dokumen Didakwa Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan
- Dokumen Sulit Lembaga Pengampunan Bocor? PDRM Digesa Siasat
- Penularan Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan Suatu Bentuk Hasutan, Meremeh Kuasa Agong
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dedah Dokumen Sulit: UMNO Kedah Gesa Tony Pua, Dap Segera Disiasat
You must be logged in to post a comment.