2 penunggang motosikal maut dirempuh kereta terbabas

2 penunggang motosikal maut dirempuh kereta terbabas

2 penunggang motosikal maut dirempuh kereta terbabas
Foto hiasan.

JOHOR BAHRU: Dua penunggang motosikal maut dirempuh kereta terbabas yang memasuki laluan bertentangan di Kilometer 24.9 Jalan Johor Bahru-Gelang Patah-Pendas di sini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata dalam kejadian jam 7.20 pagi tadi, kereta dinaiki tiga individu hilang kawalan ketika melalui selekoh basah.

Kereta itu kemudian memasuki lorong bertentangan sebelum merempuh dua motosikal.

“Penunggang kedua-dua motosikal masing-masing berusia 34 dan 50 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dan kaki. Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

“Pemandu dan dua penumpang kereta hanya cedera ringan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

2 penunggang motosikal maut dirempuh kereta terbabas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

  1. Melaka Bukan Bumi Fitnah – Ab Rauf
  2. ‘Kerajaan Silih Berganti, Reformasi Undang-undang Demi Rakyat Mesti Diteruskan’
  3. Lima Kolej Kediaman Baharu Bakal Dibangunkan Di Universiti Awam

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tuduhan Kewangan JALB Tidak Boleh Dipandang Ringan

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker