Wei Chong-Kai Wun benam Sze Fei-Izzuddin
Wei Chong-Kai Wun benam Sze Fei-Izzuddin

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mencipta kejutan apabila menjuarai Terbuka Perancis selepas menewaskan rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pada aksi final di Arena Grand Paris, hari ini.
Wei Chong-Kai Wun bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menundukkan beregu pilihan keenam kejohanan itu 13-21, 21-15, 21-7 dalam tempoh 44 minit.
Kemenangan itu cukup bermakna buat pasangan ranking ke-11 dunia berkenaan yang kembali menjulang gelaran selepas kali terakhir menjuarai Masters Malaysia pada Mei tahun lalu.
Pasangan profesional, Sze Fei-Izzuddin yang menghuni ranking kelima dunia bermula garang apabila menguasai set pertama 21-13, namun Wei Chong-Kai Wun mempamerkan kebangkitan untuk mengikat kedudukan menerusi kemenangan 21-15 pada set kedua.
Memasuki set penentuan, Wei Chong-Kai Wun terus meningkatkan tempo permainan sehingga meninggalkan lawan jauh di belakang sebelum menamatkan aksi dengan kemenangan 21-7.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kedah Rubber City Diperkasa Sebagai Hab Industri Getah Berteknologi Tinggi
- ECRL: Jangan Lupa Siapa Yang Mulakannya – Ahmad Maslan
- ‘HAWA Care’ Dekati Rakyat, ‘Perantara’ Yang Tidak Bermusim – Shahrizat
Kejayaan itu turut menyaksikan rekod pertemuan kedua-dua pasangan kini terikat 2-2, sekali gus menambah persaingan antara dua beregu lelaki terbaik negara itu.
Sebagai juara, Wei Chong-Kai Wun membawa pulang hadiah wang kemenangan AS$70,300 (RM296,000), manakala Sze Fei-Izzuddin memperoleh AS$33,250 (RM140,000) selaku naib juara.
Kejayaan itu pastinya menjadi suntikan motivasi buat Wei Chong-Kai Wun untuk meneruskan momentum positif dalam usaha memperbaiki kedudukan ranking dunia serta memburu lebih banyak gelaran pada musim ini.
Wei Chong-Kai Wun benam Sze Fei-Izzuddin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Bukan Bumi Fitnah – Ab Rauf
- ‘Kerajaan Silih Berganti, Reformasi Undang-undang Demi Rakyat Mesti Diteruskan’
- Lima Kolej Kediaman Baharu Bakal Dibangunkan Di Universiti Awam
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.