‘HAWA Care’ Dekati Rakyat, ‘Perantara’ Yang Tidak Bermusim – Shahrizat
‘HAWA Care’ Dekati Rakyat, ‘Perantara’ Yang Tidak Bermusim – Shahrizat

MELAKA, 26 Okt – Program HAWA Care terus memperkukuh peranan Hal Ehwal Wanita (HAWA) sebagai perantara antara kerajaan dengan rakyat menerusi pendekatan turun padang bagi mengenal pasti dan membantu golongan yang memerlukan perhatian serta pembelaan.
Pengerusi HAWA, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kunjungan ke Melaka memberi tumpuan kepada beberapa kes kebajikan yang memerlukan perhatian segera, selain usaha memperkasa wanita menerusi kemahiran dan peluang meningkatkan keupayaan diri.
Menurut beliau, HAWA yang bergerak sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berperanan membawa suara, permintaan dan keperluan rakyat kepada pihak berkuasa menerusi tiga tunpuan fokus yang diwujudkan.
“Jadi kali ini kebajikan. Kita dimaklumkan ada beberapa kes kebajikan yang memerlukan perhatian, jadi kita turunlah. Hari ini (Ahad, 25 Okt) kita buat (ziarah) dalam empat lima rumah kita pergi,” katanya kepada UMNO-Online.
Turut serta Pengerusi HAWA Care, Datin Paduka Norhayati Onn, Pengerusi HAWA Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah serta pimpinan setempat yang lain.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Parti Politik: Melangkaui Kepimpinan Karismatik dan Legasi Individu
- Wanita BN Perkemas Kesiapsiagaan Jentera Pilihan Raya
- Program Saling Mengasihi Dekatkan UMNO Lahad Datu Dengan Rakyat
Program berkenaan turut disertai isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Hamidah Khamis, yang bersama-sama turun padang menyantuni keluarga yang memerlukan bantuan.

Shahrizat seterusnya menambah, penyertaan Hamidah dalam program itu turut memenuhi harapan masyarakat setempat yang mahu beliau hadir secara langsung bagi mendekati dan menyantuni rakyat.
Beliau berkata, antara kes yang mendapat perhatian ialah sebuah keluarga di Jasin yang kehilangan kedua-dua ibu bapa, sekali gus meninggalkan sembilan orang anak yang masih kecil dan memerlukan bantuan serta perhatian sewajarnya.
“Alhamdulillah kita dapat berjumpa di antara kes yang kita hari ini dapat membantu, iaitu kes di mana satu keluarga yang sembilan beradik, bapa dan mak baru meninggal dunia. Jadi sembilan beradik, kecil-kecil semua. Jadi ini dapat perhatian,” katanya.
Kunjungan tersebut turut mendapat kerjasama pemimpin tempatan yang bersama-sama meneliti keperluan keluarga terbabit bagi memastikan kebajikan mereka mendapat perhatian sewajarnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafi Gesa Tindakan Tegas Bom Ikan, Hulur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran Labuan
- Aspek Keselamatan Pekerja Tidak Boleh Dikompromi
“Kita Birukan Melaka!”… Ab Rauf Pacu Gelombang Biru Hadapi PRN Ke-16
Selain agenda kebajikan, HAWA Care turut memberi ruang kepada usaha pemerkasaan wanita apabila delegasi berkenaan dijemput oleh sebuah persatuan ibu tunggal untuk melihat inisiatif meningkatkan kemahiran wanita, termasuk dalam penyediaan makanan dan pembuatan mi.
Menurut Shahrizat, pendekatan berkenaan penting bagi membantu wanita meningkatkan kemahiran, sekali gus membuka peluang untuk memperkukuh keupayaan ekonomi dan kehidupan mereka.
Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa usaha HAWA mendampingi masyarakat bukan sekadar dilaksanakan pada musim pilihan raya, sebaliknya menjadi komitmen berterusan sejak organisasi itu mula bergerak lebih tiga tahun lalu.
“HAWA ini sentiasa membantu kebajikan rakyat dan juga sentiasa dekat dengan rakyat, bukannya bermusim. Tidak. Kita dah nak masuk tiga tahun,” katanya.
Beliau berkata, Penaung HAWA, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sentiasa mengingatkan ahli majlis supaya turun padang dan menjadi mata serta telinga rakyat bagi menyampaikan isu dan keperluan masyarakat kepada pihak berkuasa.
Katanya, hubungan rapat dengan masyarakat di peringkat akar umbi amat penting kerana pemimpin tempatan lebih memahami keperluan sebenar wanita dan keluarga di kawasan masing-masing.
Justeru, tambahnya HAWA akan terus memperkukuh peranannya sebagai penghubung antara rakyat dengan pihak berkuasa bagi memastikan isu kebajikan diketengahkan dan golongan yang memerlukan tidak terpinggir daripada perhatian. – UMNO Online
‘HAWA Care’ Dekati Rakyat, ‘Perantara’ Yang Tidak Bermusim – Shahrizat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Generasi Muda Perlu Hayati, Pertahan Warisan Sejarah Melayu
- Ahmad Zahid Turun Padang Bersama Warga Bagan Datuk
- Rais Hargai Kepercayaan, Sedia Galas Amanah Calon BN Sungai Udang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gerak Kerja Penerangan Mesti Berterusan, Kuasai Media Sosial
You must be logged in to post a comment.