Gerak Kerja Penerangan Mesti Berterusan, Kuasai Media Sosial
Gerak Kerja Penerangan Mesti Berterusan, Kuasai Media Sosial

JOHOR BAHRU, 25 Okt – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata gerak kerja penerangan perlu dilaksanakan secara berterusan agar ahli parti sentiasa bersedia menghadapi cabaran politik semasa dan mengukuhkan kefahaman isu semasa.
Ujarnya, paling penting kini adalah pemerkasaan jentera parti di peringkat bahagian terhadap penguasaan media sosial terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).
“Yang penting kita fokus penekanan terhadap gerak kerja kepada persediaan PRU. Tidak boleh bila sudah dekat pilihan raya baru kita hendak bersedia dari segi gerak kerja dan kefahaman isu semasa.
“Dan yang lebih berat sekali penekanan saya ialah pada aspek media sosial di peringkat bahagian untuk membuat persediaan. Kita tak nak nanti kita ketinggalan sebab kita tahu PRU-16 ini akan jadi satu medan media sosial yang begitu hebat,” kata Azalina yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) kepada UMNO Online.
Azalina ditemui selepas selesai Program Jelajah Mega Penerangan UMNO Peringkat Negeri Johor di Dewan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor di sini, baru-baru ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafi Gesa Tindakan Tegas Bom Ikan, Hulur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran Labuan
- Aspek Keselamatan Pekerja Tidak Boleh Dikompromi
“Kita Birukan Melaka!”… Ab Rauf Pacu Gelombang Biru Hadapi PRN Ke-16
Menurut Ahli Parlimen Pengerang itu lagi, media sosial kini menjadi penting daripada strategi penerangan politik, seiring perubahan pendekatan komunikasi daripada kaedah tradisional seperti ceramah dan kunjungan dari rumah ke rumah.
Justeru, beliau berpandangan ahli parti, khususnya mereka yang memegang jawatan atau berhasrat menawarkan diri dalam kepimpinan, perlu menjadikan media sosial sebagai sebahagian daripada gerak kerja politik masing-masing.
Katanya, kesedaran mengenai kepentingan media sosial semakin meningkat dalam kalangan kepimpinan negeri dan bahagian, namun usaha membudayakan komunikasi digital perlu terus diperkukuh.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata Jelajah Mega Penerangan UMNO menerima respons baik daripada ahli parti, khususnya anggota penerangan di peringkat sayap dan bahagian yang mengambil peluang mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu semasa.
Bagaimanapun, selepas di Johor ini, siri jelajah itu akan dihentikan sementara bagi memberi laluan dan tumpuan terhadap Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Jadikan Isu DNAA Ahmad Zahid Modal Politik
- Pemuda UMNO Tambun Perkukuh Organisasi, Rancang Gerak Kerja Baki 2026
- Puteri UMNO Kota Melaka Siap Siaga, Sahut Seruan Tolak Politik Kebencian
Semai ‘BN Sayang Rakyat’, Tolak Politik Fitnah Dan Kebencian
Negeri yang bakal menjadi tumpuan seterusnya ialah Perak, Pahang, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
Sebelum ini, Jelajah Mega Penerangan UMNO telah diadakan bagi negeri Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Selangor, Kelantan dan Terengganu. – UMNO Online
Gerak Kerja Penerangan Mesti Berterusan, Kuasai Media Sosial
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Parti Politik: Melangkaui Kepimpinan Karismatik dan Legasi Individu
- Wanita BN Perkemas Kesiapsiagaan Jentera Pilihan Raya
- Program Saling Mengasihi Dekatkan UMNO Lahad Datu Dengan Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.