Jangan Jadikan Isu DNAA Ahmad Zahid Modal Politik
Jangan Jadikan Isu DNAA Ahmad Zahid Modal Politik

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Ahli Parlimen Jempol Datuk Shamshulkahar Mohd Deli berpandangan keputusan berkaitan pertuduhan melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu dinilai berdasarkan fakta dan proses undang-undang, bukannya dijadikan modal politik untuk membina persepsi negatif dalam kalangan rakyat.
Beliau berkata keputusan mahkamah memberikan Pelepasan Tanpa Pembebasan (DNAA) pada 4 September 2023 dan keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) menetapkan status Tiada Tindakan Lanjut (NFA) pada 8 Januari 2026 perlu dihormati berdasarkan proses perundangan yang telah dilalui.
“Oleh itu, dari sudut undang-undang, tiada keperluan untuk menyemak semula 47 pertuduhan terhadap Bagan Datuk semata-mata atas desakan politik atau persepsi awam, memandangkan keputusan Jabatan Peguam Negara untuk tidak mengambil tindakan lanjut (NFA)
“Prinsip kedaulatan undang-undang menuntut agar setiap keputusan pendakwaan dibuat secara bebas, objektif dan berlandaskan fakta serta undang-undang yang terpakai.
“Jika kita benar-benar mempertahankan kedaulatan undang-undang (rule of law), mengapa kita mahu mengheret institusi pendakwaan, bertindak di luar fakta bukti sahih, semata-mata untuk memuaskan naratif politik pihak tertentu,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Watikah Pelantikan JPKK DUN Senaling Amanah Demi Rakyat
- Kerajaan Bantu Mudah Cara Urusan Keluarga Mangsa Banjir Nepal
- PRN Melaka: BN Lancar Jentera Pilihan Raya, Umum Calon 24 Oktober Ini
Peruntukan RM7.27 Juta Fokus 19 Kerja Penyenggaraan Jalan Di Sik
Shamshulkahar berkata demikian ketika perbahasan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya lagi, sebarang semakan semula hendaklah mempunyai asas yang munasabah, seperti kemunculan bukti baharu atau kecacatan material dalam keputusan terdahulu, dan bukan semata-mata untuk memenuhi tuntutan pihak tertentu.
Sementara itu beliau turut sama menyentuh isu keselamatan di sekolah yang disifatkan beliau tidak boleh dipandang remeh.
Menurutnya ini kerana data rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menunjukkan sebanyak 7,681 kes buli direkodkan pada tahun 2024, 2,889 kes pada 2025, dan melonjak kepada 4,289 kes bagi tempoh Mac hingga Ogos 2026.
“Keadaan ini amat kritikal kerana telah meragut nyawa, termasuk kes tragis di Kolej Vokasional Lahad Datu dan insiden terbaru di Asrama Sekolah Sukan, Kuala Pilah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saham MyEG/Zetrix AI Merudum, MOF Perlu Beri Penjelasan Terbuka
- 22,849 Bakat Semikonduktor Dilatih, Sasar 60,000 Menjelang 2030 – Johari
- Kes Dr Akmal & Teresa Kok: Adab Politik Bukan Pengganti Ujian Undang-Undang
“Jempol menyokong penuh tindakan drastik KPM dalam melaksanakan audit keselamatan, penambahan guru kaunseling, dan pembantu warden sebagai penguatkuasaan kuasa disiplin sekolah yang lebih luas.
“Sekiranya situasi ini dibiarkan berlarutan, ia akan menimbulkan persepsi buruk bahawa sekolah berasrama mahupun sekolah harian biasa tidak lagi selamat untuk anak-anak kita.
“Sehubungan dengan itu, Jempol mencadangkan agar pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dilaksanakan di semua sekolah berasrama dan sekolah harian biasa bagi meningkatkan tahap keselamatan para pelajar, sepertimana pelaksanaan Projek Khas Menaik Taraf Tandas Sekolah pada tahun 2023,” ujar beliau. – UMNO Online
Jangan Jadikan Isu DNAA Ahmad Zahid Modal Politik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘STR, SARA Perlu Dinilai Berdasarkan Keperluan Isi Rumah’
- Tok Ajak Terus Dekati Masyarakat, Santuni Rakyat Tanpa Bermusim
- Pahang Perluas Anugerah Kampung Tradisi, Galak Peningkatan Kualiti Hidup
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mohd Jafni Pastikan Isu Banjir Dan Keselamatan Diberi Perhatian
You must be logged in to post a comment.