Tok Ajak Terus Dekati Masyarakat, Santuni Rakyat Tanpa Bermusim

Tok Ajak Terus Dekati Masyarakat, Santuni Rakyat Tanpa Bermusim

Tok Ajak Terus Dekati Masyarakat, Santuni Rakyat Tanpa Bermusim

KOTA MELAKA, 22 Okt – Pendekatan mendekati masyarakat secara berterusan menjadi antara usaha Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dalam memastikan hubungan bersama rakyat sentiasa terpelihara.

Dikenali sebagai Tok Ajak, beliau yang sebelum ini wakil rakyat di DUN Telok Mas sentiasa meluangkan masa bersama masyarakat setempat menerusi pelbagai pendekatan santai bagi mengeratkan hubungan, selain memahami keperluan dan kepentingan penduduk.

Terbaharu, beliau meluangkan masa minum petang bersama masyarakat Kampung Alai di Warung Pak Abu, sekali gus membuka ruang untuk beramah mesra dalam suasana santai bersama penduduk.

“Pendekatan kita bersama masyarakat bukan bermusim. Kita sentiasa mahu dekat dengan masyarakat setempat dan memastikan kepentingan rakyat terus diberikan perhatian,” katanya.

Katanya lagi pendekatan turun padang secara berterusan itu mencerminkan komitmen untuk terus mendengar suara rakyat serta memahami isu yang dihadapi masyarakat dalam kehidupan seharian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Sayang Rakyat: Amal Politik Sihat, Hindari Kebencian


“Barisan Nasional sentiasa peka terhadap keperluan rakyat dan komited menjaga kepentingan masyarakat.

“Hubungan erat antara pemimpin dan masyarakat penting bagi memastikan kebajikan serta keperluan penduduk terus diberi perhatian, selain membina kepercayaan melalui komunikasi dan pertemuan secara berterusan,” ujarnya.- UMNO Online

Tok Ajak Terus Dekati Masyarakat, Santuni Rakyat Tanpa Bermusim


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Peruntukan RM7.27 Juta Fokus 19 Kerja Penyenggaraan Jalan Di Sik

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker