Kerajaan Bantu Mudah Cara Urusan Keluarga Mangsa Banjir Nepal
Kerajaan Bantu Mudah Cara Urusan Keluarga Mangsa Banjir Nepal

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan kerajaan mengambil pendekatan menyeluruh menerusi kerjasama antara kementerian bagi memudah cara urusan keluarga kepada 54 rakyat Malaysia yang masih belum dapat dikesan di Nepal.
Timbalan Presiden UMNO berkata, pendekatan whole of government itu bertujuan membantu keluarga terlibat menguruskan pelbagai perkara berkaitan, termasuk urusan insurans, tanpa perlu berulang-alik ke pelbagai jabatan.
“Kita hendak memudahcara kelurga terdekat berurusan itu sebabnya sama-sama sebagai whole of government approach untuk membantu keluarga yang masih belum dapat dikesan agar tidak perlu keluarga terdekat pergi ke sana sini;
“Tapi yang penting sijil kematian di bawah ordinan khas yang dibuat oleh negara Nepal yang perlu kita dapat dahulu sebelum berurusan dengan pihak yang memerlukan sijil-sijil tersebut.
““Di Nepal, bagi orang yang dikategorikan hilang dalam sesuatu bencana, tempoh untuk mengeluarkan sijil kehilangan atau sijil kematian mengambil masa sehingga 12 tahun.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemergian Adik Asiah Sentuh Hati Zahid, Titip Doa Buat Keluarga
- Hormati Proses Kehakiman, Kekalkan Konsistensi Undang-Undang – Ahli Parlimen Kuala Pilah
- Wan Rosdy Tegas Komitmen Jaga Kebajikan Rakyat Pahang
ANGKASA, Analytx Meterai MoU Tampil Dengan Inisiatif Baharu – Abdul Fattah
“Kita meminta supaya dibuat satu perintah eksekutif atau ordinan oleh Perdana Menteri Nepal dan perkara itu telah dipersetujui. Kita sedang memantau kandungan perintah eksekutif itu yang membolehkan tempoh pengeluaran sijil kehilangan atau kematian dipendekkan daripada 12 tahun kepada 45 hari,” katanya.
Mohamad berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) berkenaan tindakan susulan yang telah dan sedang diambil oleh Kementerian, khususnya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, bagi memudah cara urusan ahli keluarga.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad turut menasihatkan rakyat Malaysia yang merancang ke luar negara untuk mengemas kini maklumat perjalanan menerusi sistem e-Konsular Kementerian Luar Negeri.
Beliau berkata, pendaftaran menerusi sistem itu penting bagi membolehkan kerajaan menghubungi dan memberikan bantuan sewajarnya kepada rakyat Malaysia sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau kejadian tidak diingini di luar negara.
“Saya ingin menasihatkan semua rakyat Malaysia yang merancang untuk ke luar negara supaya mengemas kini maklumat perjalanan masing-masing melalui sistem e-Konsular, termasuk destinasi yang akan dikunjungi. Kita tidak tahu apa yang mungkin berlaku sepanjang berada di luar negara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembiayaan Mikro Pacu Perkembangan Usahawan – Mohamad Alamin
- ‘Kita Geng Biru’ Gegar Melaka, BN Sedia Perkukuh Khidmat
- Hutang Negara RM741 Bilion Jadi RM1.4 Trilion! Isam Persoal Dua Standard Kerajaan
MyKad Generasi Baharu Perkukuh Keselamatan Identiti – Dr Shamsul
“e-Consular berfungsi sebagai pangkalan data yang membolehkan Kementerian Luar Negeri berhubung dengan rakyat Malaysia, sama ada mereka yang menetap di luar negara mahupun yang berada di sana untuk bercuti.
“Apabila maklumat perjalanan direkodkan, urusan untuk menghubungi rakyat Malaysia menjadi lebih mudah sekiranya terdapat sebarang perkara penting yang perlu dimaklumkan. Kementerian juga dapat berhubung dengan mereka melalui kedutaan Malaysia di negara berkenaan.
“Kita tidak akan mendedahkan maklumat tersebut kepada pihak lain. Tambahan pula, maklumat yang diperlukan hanyalah maklumat asas, berbanding aplikasi lain yang mungkin memerlukan butiran lebih terperinci,” ujar beliau. – UMNO Online
Kerajaan Bantu Mudah Cara Urusan Keluarga Mangsa Banjir Nepal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saham MyEG/Zetrix AI Merudum, MOF Perlu Beri Penjelasan Terbuka
- 22,849 Bakat Semikonduktor Dilatih, Sasar 60,000 Menjelang 2030 – Johari
- Kes Dr Akmal & Teresa Kok: Adab Politik Bukan Pengganti Ujian Undang-Undang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.