Hutang Negara RM741 Bilion Jadi RM1.4 Trilion! Isam Persoal Dua Standard Kerajaan
Hutang Negara RM741 Bilion Jadi RM1.4 Trilion! Isam Persoal Dua Standard Kerajaan

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Sejak berakhirnya pentadbiran dominan Barisan Nasional pada tahun 2018, hutang Kerajaan Persekutuan adalah sekitar RM741 bilion atau 51.2 peratus daripada KDNK, kata Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa.
Katanya, angka tersebut diulang-ulang dengan nada yang panik dan rakyat telah ditakut-takutkan bahawa Malaysia bakal bankrap serta menuju jurang kehancuran ekonomi.
“Kini… nadanya telah berubah. Naratifnya juga jauh berbeza. Dikatakan bahawa tahap hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK turun secara konsisten iaitu 65.2 peratus pada tahun 2025, 64.0 peratus pada tahun 2026 dan dijangka 63.7 peratus pada tahun 2027.
“Memang lunak telinga mendengarnya. Hakikatnya apa? Hakikatnya, dari RM741 bilion pada tahun 2018, kini telah diunjurkan melonjak hampir RM1.4 trilion pada tahun 2027 iaitu peningkatan hampir dua kali ganda dalam tempoh kurang daripada satu dekad.
“Adakah angka sebesar RM1.4 trilion hari ini diukur dengan ‘pembaris’ yang berbeza berbanding pada tahun 2018. Mengapakah dahulu peningkatan hutang dituduh sebagai malapetaka buat negara tetapi hari ini apabila ianya mencecah RM1.4 trilion, hal ini dinormalisasikan sebagai urusan pentadbiran biasa tanpa sekelumit rasa bersalah kepada rakyat,” katanya ketika perbahasan Belanjawan 2027, di Dewan Rakyat, semalam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Visit Sabah 2027: Kerjasama Semua Pihak Kunci Perkasa Potensi Pelancongan
- Lawatan Ahmad Zahid ke China Bawa Manfaat Besar
- RMK-13 Fokus Pembangunan Seimbang, Gunakan IKPM Menyeluruh – Shahar Abdullah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mengulas lanjut, Isam yang juga Ketua UMNO Bahagian Tampin mengharapkan hentikan segera segala percubaan untuk mendidik rakyat dengan meraikan ‘penurunan peratusan’, sedangkan jumlah mutlak hutang yang membebankan bahu mereka telah melonjak hampir dua kali ganda.
“Cukup-cukuplah bermain dengan persepsi dan naratif yang mengelirukan. Kerajaan mesti berani bertanggungjawab dengan permainan angka yang dicipta sendiri,” katanya lagi.
Tambah Isam lagi, Kerajaan MADANI terus berdegil mengekalkan SST berbanding melaksanakan semula GST yang diguna pakai lebih 170 buah negara.
“Dari sudut ekonomi makro, pakar-pakar kewangan dan badan penarafan antrabangsa, berulang kali menegaskan bahawa GST jauh lebih telus, efisien dan berkesan. Sistem SST yang diamalkan hari ini mempunyai banyak kelompangan serta ketirisan yang tidak boleh dinafikan dan akhirnya membebankan.
“Mengapakah Kerajaan masih bersikap ‘canggung politik’ dan enggan melaksanakan semula SST?Adakah kerana takut mengakui kebenaran dasar terdahulu dan mahu menjaga air muka politik,” tegasnya. – UMNO Online
Akmal asks public to stop donations for RM300,000 damages payment
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Waspada Grafik Palsu Guna Nama Ahmad Zahid
- UMNO Putatan Utama Kesejahteraan Penduduk, Cadang Langkah Mitigasi Banjir Kilat
- Melaka Sayang Rakyat: Ab Rauf Tekad Makmurkan Melaka Jika Diberi Mandat
“Sumbang Tabung Harapan Lebih ‘Stupid’ Daripada Tabung Najib” – Hasnal Rezua
You must be logged in to post a comment.