ECRL: Tambang Berpatutan, Manfaat Untuk Semua
ECRL: Tambang Berpatutan, Manfaat Untuk Semua

BENTONG, 20 Okt – Penetapan kadar tambang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diharap bukan sahaja mengambil kira jarak perjalanan, malah memastikan pengguna dari stesen utama mahupun stesen yang lebih kecil menikmati kadar tambang yang munasabah, adil dan mampu dibayar.
Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong, Senator Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh berkata, aspek keadilan dalam penetapan tambang perlu diberi perhatian supaya manfaat perkhidmatan ECRL dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Menurut beliau, perbezaan saiz dan kedudukan stesen tidak seharusnya menyebabkan keperluan pengguna di kawasan tertentu terpinggir dalam penetapan kadar tambang.
Beliau berkata, struktur tambang yang bersesuaian penting bagi memastikan ECRL menjadi pilihan pengangkutan awam yang praktikal dan mampu diakses oleh rakyat, khususnya penduduk di Pantai Timur.
“Penetapan kadar tambang bukan sahaja perlu mengambil kira jarak perjalanan, tetapi juga memastikan rakyat yang menggunakan stesen bertaraf besar mahupun stesen yang lebih kecil mendapat kadar yang munasabah, adil dan mampu dibayar,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Johor Komited Wujudkan Persekitaran Sejahtera Untuk Rakyat
- Demi Rakyat, UMNO Larut Perkukuh Kerjasama Bersama PDRM
Tambah beliau, ECRL bukan sekadar menghubungkan bandar-bandar utama, malah berpotensi memudahkan pergerakan rakyat serta merancakkan pembangunan ekonomi di bandar kecil sepanjang laluan berkenaan.
Dilaporkan, tambang bagi penumpang perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi perjalanan di antara Gombak dan Kota Bharu yang dijadualkan bermula 12 Disember ini, akan bermula daripada RM125 sehala, untuk kelas Ekonomi menerusi perkhidmatan Transit.
Penjualan tiket rasmi ECRL dijadualkan bermula pertengahan November ini, manakala operasi komersial penumpang bagi laluan Gombak-Kota Bharu disasarkan bermula pertengahan Disember.
Pada peringkat permulaan, sebanyak 10 set tren Electric Multiple Unit (EMU) akan digunakan dengan kelajuan operasi sehingga 160 kilometer sejam bagi menghubungkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.
ECRL akan menyediakan 12 perjalanan sehari dari Isnin hingga Khamis merangkumi enam perjalanan bagi setiap arah, manakala kekerapan meningkat kepada 16 perjalanan sehari dari Jumaat hingga Ahad, bersamaan lapan perjalanan bagi setiap arah. – UMNO Online
ECRL: Tambang Berpatutan, Manfaat Untuk Semua
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Belanjawan N.Sembilan 2027 Bakal Pacu Pembangunan, Kukuhan Ekonomi Dan Kesejahteraan Rakyat
- Johor Komited Tarik Pelaburan Berkualiti Demi Rakyat
- Mohamad Hasan Hadiri Perbincangan Belanjawan Negeri Sembilan 2027
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Melaka: Wanita UMNO Perlu Aktif Sebagai JR Digital – Haryaty
You must be logged in to post a comment.