Johor Komited Tarik Pelaburan Berkualiti Demi Rakyat
Johor Komited Tarik Pelaburan Berkualiti Demi Rakyat

JOHOR BAHRU, 20 Okt – Kerajaan Negeri Johor komited menarik pelaburan berkualiti yang bukan sahaja memacu pertumbuhan ekonomi negeri, malah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, memperkukuh penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan serta membuka ruang kepada pemindahan teknologi dan kepakaran.
Komitmen itu ditegaskan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, ketika mengadakan pertemuan bersama Bank of America bagi membincangkan peluang kerjasama dalam memperkukuh pelaburan antara Amerika Syarikat dan Johor, khususnya menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Menurut beliau, Johor mempunyai potensi besar untuk menjadi destinasi pelaburan strategik kepada syarikat antarabangsa yang ingin mengembangkan operasi di Asia Tenggara.
“Kerajaan Negeri komited untuk menarik pelaburan berkualiti yang bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, malah mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan serta membuka ruang kepada pemindahan teknologi dan kepakaran,” katanya.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut membincangkan pandangan pelabur berhubung tahap kesediaan infrastruktur, ketersediaan tenaga kerja mahir serta kemudahan menjalankan perniagaan di Malaysia, khususnya di Johor.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Biru Tanjong Malim Perkukuh Jentera, Rakyat Jadi Keutamaan
- Krisis Asia Barat Cetus Kenaikan Surcaj AFA – Abdul Rahman
Aspek berkenaan penting bagi memastikan Johor terus berdaya saing dalam menarik pelaburan antarabangsa, di samping menyediakan ekosistem perniagaan yang kondusif untuk pertumbuhan industri dan pembangunan ekonomi jangka panjang.
Onn Hafiz berkata, sebagai institusi kewangan antarabangsa yang mempunyai rangkaian luas, Bank of America berpotensi memainkan peranan penting dalam menghubungkan pelabur dengan peluang pelaburan yang tersedia di Johor.

Sehubungan itu, Johor turut terbuka untuk meneroka peluang kerjasama melalui penganjuran sesi taklimat pelaburan dan program padanan perniagaan yang lebih bersasar bagi memperkenalkan potensi negeri kepada pelabur antarabangsa.
Beliau menegaskan bahawa usaha menarik pelaburan perlu memberikan manfaat yang menyeluruh kepada rakyat, termasuk meningkatkan peluang pekerjaan berkualiti, memperluas penglibatan syarikat tempatan dalam rantaian nilai global serta memperkukuh keupayaan tenaga kerja menerusi perkongsian teknologi dan kepakaran.
“Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh kerjasama strategik dengan rakan antarabangsa bagi memastikan pembangunan JS-SEZ memberikan manfaat yang menyeluruh kepada ekonomi negeri dan Bangsa Johor. Insya-Allah,” katanya lagi. – UMNO Online
Johor Komited Tarik Pelaburan Berkualiti Demi Rakyat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Johor Komited Wujudkan Persekitaran Sejahtera Untuk Rakyat
- Demi Rakyat, UMNO Larut Perkukuh Kerjasama Bersama PDRM
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.