Demi Rakyat, UMNO Larut Perkukuh Kerjasama Bersama PDRM

Demi Rakyat, UMNO Larut Perkukuh Kerjasama Bersama PDRM

Demi Rakyat, UMNO Larut Perkukuh Kerjasama Bersama PDRM

SELAMA, 19 Okt – Komitmen UMNO Bahagian Larut dalam memperjuangkan kesejahteraan rakyat terus diperkukuh menerusi kunjungan hormat Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff, kepada Ketua Polis Daerah Selama, Supt. Ramzi Mahmudin, baru-baru ini.

Menurut Datuk Mohamad Daud, kunjungan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh kerjasama antara kepimpinan UMNO Bahagian Larut dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam usaha memastikan keamanan, keselamatan dan keharmonian masyarakat di Parlimen Larut terus terpelihara.

Ujarnya, kerjasama erat antara kepimpinan politik dengan pihak berkuasa amat penting bagi memastikan isu keselamatan dan masalah sosial dapat ditangani secara bersama demi kepentingan rakyat.

“UMNO Bahagian Larut sentiasa komited untuk memainkan peranan sebagai rakan strategik kepada pihak berkuasa dalam memastikan keamanan dan keselamatan rakyat terus terpelihara.

“Kerjasama erat dengan PDRM amat penting bagi membanteras gejala perjudian, penyalahgunaan dadah dan masalah sosial demi melindungi kesejahteraan masyarakat serta masa depan generasi muda,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pan Borneo Sabah: Pelaksanaan Projek Hampir Siap – Ahmad Maslan


Beliau turut menegaskan bahawa usaha memelihara keamanan bukanlah tanggungjawab satu pihak semata-mata, sebaliknya memerlukan komitmen berterusan daripada
semua pihak, termasuk pemimpin masyarakat, agensi penguatkuasaan dan penduduk setempat.

“Keamanan bukan tanggungjawab satu pihak sahaja, sebaliknya memerlukan komitmen bersama antara pemimpin, pihak berkuasa dan masyarakat.

“UMNO Larut akan terus menyokong usaha membina komuniti yang selamat, harmoni dan sejahtera demi kepentingan rakyat,” katanya.

Antara perkara yang diberi perhatian dalam pertemuan tersebut ialah usaha membanteras kegiatan perjudian, penyalahgunaan dadah serta gejala sosial yang berpotensi menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan masa depan generasi muda. – UMNO Online

Demi Rakyat, UMNO Larut Perkukuh Kerjasama Bersama PDRM


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bina Jalan Raya Lebih Selamat, Lindungi Nyawa – Ahmad Zahid

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker