Pan Borneo Sabah: Pelaksanaan Projek Hampir Siap – Ahmad Maslan

Pan Borneo Sabah: Pelaksanaan Projek Hampir Siap – Ahmad Maslan

Pan Borneo Sabah: Pelaksanaan Projek Hampir Siap – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah merangkumi jarak keseluruhan sepanjang 706 kilometer yang dipecahkan kepada 35 pakej kerja.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, strategi pelaksanaannya pula dibahagi kepada dua komponen utama, iaitu Fasa 1A yang merangkumi 16 pakej kerja dan Fasa 1B melibatkan 19 pakej kerja.

“Sehingga kini, kemajuan fizikal bagi Fasa 1A ialah 89.01 peratus dan bagi Fasa 1B pula adalah 23.96 peratus pada hujung 2026 dan awal 2027, dijangka sembilan lagi pakej kerja untuk pakej 1A akan disiapkan.

“Projek pembinaan lebuh raya ini melibatkan pelbagai proses termasuk skop pengambilan balik tanah dan pengalihan utiliti yang mana proses ini melibatkan tindakan pelbagai agensi Kerajaan dan pihak swasta.

“Kelancaran pelaksanaan projek ini dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuklah keadaan cuaca, cabaran dalam pengambilan balik tanah, isu pengalihan utiliti, tadbir urus projek, tahap prestasi kontraktor di tapak dan masalah pandemik covid, penamatan PDP (Projek Delivery Partner),” katanya di Dewan Rakyat hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kampung Digital, Kubur Digital Kg Pulau Jadi Rujukan Peringkat Negeri Dan Negara


Beliau menjawab pertanyaan dari Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Wetrom Bahanda yang meminta Menteri Kerja Raya menyatakan status pelaksanaan terkini pakej pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo dan jalan berkembar dual-carriageway yang merentasi daerah Kota Marudu serta strategi mitigasi Kementerian dalam menyegerakan kontraktor penyelamat bagi menyelesaikan baki jajaran yang mengalami kelewatan struktur.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menjelaskan bagi memastikan projek mega ini dapat disiapkan mengikut jadual, pelbagai langkah mitigasi telah dan sedang diambil dilakukan.

“Menubuh dan memacu Jawatankuasa Pemandu atau Pasukan Petugas (Task Force) bagi memantau pelaksanaan projek dan prestasi kontraktor secara intensif serta mengenal pasti isu kelewatan projek dan pelaksanaan langkah penyelesaian segera yang inklusif terhadap masalah yang berbangkit.

“Kementerian Kerja Raya mengadakan mesyuarat dan sesi libat urus secara berkala dengan agensi Kerajaan dan pihak swasta yang terlibat. Sesi ini bukan sahaja diadakan di peringkat negeri Sabah, malahan melibatkan pelbagai peringkat yang lain seperti mesyuarat antara pengurusan tertinggi Kementerian Kerja Raya dengan pengurusan tertinggi syarikat penyedia utiliti dan komunikasi.

“Pengurusan Tertinggi Kementerian kerap-kali mengadakan Program Turun Padang (TURPA) ke Sabah dan Sarawak bagi tujuan memantau dan memastikan kelangsungan pelaksanaan projek ini. Setiap isu pelaksanaan terutamanya melibatkan kerja di tapak dapat diteliti dan ditangani dengan segera, bukannya meneliti laporan atas kertas sahaja,” katanya lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Martabatkan Undang-undang, Jangan Jadikan Senjata Politik


Tambah beliau lagi, bagi kontraktor yang didapati bermasalah dan tidak tekun, Kementerian Kerja Raya telah bertindak lebih tegas dengan mengeluarkan amaran keras.

“Sekiranya tiada sebarang perubahan, tindakan tegas akan diambil berdasarkan kepada klausa-klausa kontrak. Jalan berkembar yang merentasi daerah Kota Marudu pula, jalan raya tersebut merupakan jalan negeri dan tidak termasuk di dalam jajaran Projek Lebuh Raya Pan Borneo,” ujarnya.- UMNO Online

Pan Borneo Sabah: Pelaksanaan Projek Hampir Siap – Ahmad Maslan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SMAKE Medan Lahirkan Kepimpinan Masa Hadapan

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker