PRN Melaka: Ab Rauf Umum Calon BN 28 Okt Ini

PRN Melaka: Ab Rauf Umum Calon BN 28 Okt Ini

PRN Melaka: Ab Rauf Umum Calon BN 28 Okt Ini

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kesemua 21 calon BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2026 akan diumumkan olehnya pada 28 Okt ini.

Ujarnya ketika melancarkan Jentera Pilihan Raya BN Peringkat Parlimen Tangga Batu malam tadi di Bilik Gerakan Utama, Sungai Udang, sesiapa juga yang dinamakan sebagai calon akan membawa obor perjuangan UMNO dan BN.

Dalam satu perkongsian di Facebook, Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka berkata aura Gelombang Biru di Tangga Batu amat luar biasa.

“Malam tadi juga memang lain macam auranya. Gelombang Biru terasa cukup kuat! Saya sendiri mengetuai konvoi bermotosikal dari Masjid Tanah menuju ke Tangga Batu. Bila jentera, pimpinan dan akar umbi turun bersama, semangat itu memang terasa sampai ke jalan raya,” katanya.

Selain itu, Ab Rauf juga telah menyampaikan amanat kepada Timbalan Pengerusi BN Melaka Datuk Rais Yasin merangkap Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu agar seluruh jentera terus bekerja keras memastikan semua Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Tangga Batu kekal diterajui BN.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Martabatkan Undang-undang, Jangan Jadikan Senjata Politik


“Sasaran kita jelas. Kita mahu menang lebih daripada 25 kerusi DUN pada PRN kali ini. Ini bukan sekadar sasaran di atas kertas, tetapi amanah yang mesti diterjemahkan dengan gerak kerja, kesatuan dan kekuatan jentera di setiap peringkat.

“Saya percaya Sungai Udang juga mampu menjadi milik kita kembali. Milik UMNO dan Barisan Nasional! Kita sudah bersedia,” tekadnya.

Selanjutnya, Ab Rauf turut mengingatkan kepada jentera agar tidak mengamalkan kempen hasutan atau kebencian pada PRN Melaka ini.

“Tekad dan azam saya serta pimpinan negeri memastikan bahawa bumi Melaka ini bukan tempatnya untuk menabur fitnah. Bumi Melaka ini bukan tempat menyebarkan hasutan, bukan tempat untuk tanamkan rasa kebencian, juga bukan tempat politik yang menjadikan kita nampak baik disebabkan memburukkan orang.

“Kita harus memperjuangkan bumi Melaka ini untuk generasi anak cucu kita di masa akan datang,” tegasnya. – UMNO ONLINE

PRN Melaka: Ab Rauf Umum Calon BN 28 Okt Ini


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kampung Digital, Kubur Digital Kg Pulau Jadi Rujukan Peringkat Negeri Dan Negara

 

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker