Jerebu: Johor Seru ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar Perkukuh Tindakan
Jerebu: Johor Seru ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar Perkukuh Tindakan

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Kerajaan Negeri Johor menyeru agar negara-negara ASEAN memainkan peranan yang lebih aktif dengan mengadakan mesyuarat tergempar bagi memperkukuh tindakan bersama dalam aspek pengawalan kebakaran, pemantauan titik panas dan pencegahan kebakaran pada masa akan datang.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata perkara tersebut dibincangkan semasa mesyuarat penyelarasan bencana peringkat negeri.
“Untuk makluman, sudah 53 hari Johor berdepan episod jerebu sejak 25 Ogos lalu, dengan beberapa kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat.
“Keadaan ini amat membimbangkan, khususnya terhadap kesihatan dan kehidupan seharian rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Tambahnya lagi, risiko jerebu rentas sempadan turut menjadi perhatian susulan aktiviti titik panas di Indonesia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Warden Sepenuh Masa Perlu Diperluas, Kurangkan Beban Guru
- MRR: Hormati Titah, Beri Ruang Kemelut Selesai Berpandu UUTKNS
- Gaji Minimum Lebih Tinggi Perlu Disokong Peningkatan Produktiviti
Malaysia-China Perluas Kerjasama Pemindahan Teknologi Dan Pembangunan Industri
“Berdasarkan maklumat ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang diterima, sebanyak 453 titik panas dikesan di Kalimantan dan 153 di Sumatera, yang berpotensi meningkatkan risiko jerebu sekiranya berlaku kebakaran dan pergerakan asap merentasi sempadan,” katanya.
Justeru itu, Onn Hafiz menyeru kepada seluruh rakyat bersama-sama berdoa agar Allah SWT melindungi negeri Johor dan seluruh negara daripada sebarang musibah dan bencana.
“Semoga kita semua sentiasa dikurniakan keselamatan, kesejahteraan serta berada dalam lindungan dan rahmat-Nya. Insya-Allah,” katanya. – UMNO ONLINE
Jerebu: Johor Seru ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar Perkukuh Tindakan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Amanah Bukan Sekadar Janji, Kesejahteraan Rakyat Jadi Keutamaan – Mohd Zaidy
- Kesejahteraan Warga ATM Turut Rangkumi Pendidikan Anak-Anak
- Dap VS Dap: Teresa Kok Bantah Projek Rumah Madani, Hannah Yeoh Pula Bagaimana?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Raudhatul Ummah: JABHAH Manifestasi Komitmen Berterusan UMNO Memperkasa Islam
You must be logged in to post a comment.