Era baharu pengadilan, kad elektronik diuji

Era baharu pengadilan, kad elektronik diuji

Era baharu pengadilan, kad elektronik diuji
PENGADIL Varela, ‘mencuba penggunaan kad elektronik ketika perlawanan Copa Uruguay antara Nacional dan Rentistas. -FOTO Agensi

Montevideo: Uruguay menguji penggunaan kad elektronik bagi menggantikan kad kuning dan merah yang digunakan pengadil ketika ini, dalam usaha memodenkan pengadilan bola sepak.

Percubaan itu dilakukan pengadil, Eduardo Varela, ketika perlawanan Copa Uruguay antara Nacional dan Rentistas, kelmarin, apabila beliau menggunakan peranti elektronik sebesar telefon pintar untuk memberikan amaran kepada pemain.

Pengarah syarikat REFe, Mauro Sacco, berkata inovasi itu bertujuan memperkenalkan teknologi dalam aspek pengadilan bola sepak yang masih menggunakan kaedah manual.

“Kami mahu membawa teknologi kepada satu-satunya perkara dalam bola sepak yang masih bersifat analog,” katanya kepada radio Uruguay, El Espectador Deportes, semalam.

Idea itu tercetus lebih tiga tahun lalu apabila Sacco dan rakan pengarahnya, Diego de la Pena, memikirkan kesukaran pengadil merekodkan amaran secara manual sebelum memindahkan maklumat berkenaan ke sistem digital, terutama ketika cuaca hujan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RSN Rayer Jangan Cetus Persepsi Buruk Terhadap Institusi Kehakiman


Peranti baharu itu merekodkan insiden perlawanan berserta cap masa bagi memudahkan penyediaan laporan rasmi dan penghantaran maklumat ke platform COMET milik Persatuan Bola Sepak Uruguay.

Varela menyifatkan peranti itu mudah digunakan dengan perisian yang bertindak balas pantas, namun mengakui penggunaan teknologi berkenaan mengurangkan sedikit elemen dramatik ketika pengadil melayangkan kad.

Percubaan itu bagaimanapun mendedahkan kelemahan dari segi keterlihatan apabila cahaya matahari menyukarkan paparan skrin dilihat.

Penonton di stadium dan televisyen juga menghadapi kesukaran membezakan sesetengah keputusan pengadil ketika perlawanan berlangsung.

De la Pena berkata teknologi itu masih perlu ditambah baik bagi memastikan warna kad kuning dan merah dapat dilihat dengan jelas oleh penonton di stadium serta menerusi siaran televisyen.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Malaysia-China Perluas Kerjasama Pemindahan Teknologi Dan Pembangunan Industri


Syarikat berkenaan kini meneliti penggunaan lampu LED di sekeliling peranti untuk meningkatkan kejelasan warna.

Sacco berkata jenama itu sudah didaftarkan, manakala perkakasan dan perisiannya dipatenkan dengan pasukan pembangun berpangkalan di China.

Ujian berkenaan turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam talian, namun REFe berharap teknologi itu dapat terus ditambah baik sebelum berpeluang digunakan oleh badan induk bola sepak Amerika Selatan, CONMEBOL, dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Era baharu pengadilan, kad elektronik diuji


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Raudhatul Ummah: JABHAH Manifestasi Komitmen Berterusan UMNO Memperkasa Islam

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker