SMAKE Medan Lahirkan Kepimpinan Masa Hadapan
SMAKE Medan Lahirkan Kepimpinan Masa Hadapan

KUALA LUMPUR, 18 Oktober – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub, menekankan kepentingan memperkasa peranan mahasiswa sebagai pewaris amanah bangsa yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mampu menyumbang kepada pembangunan dan masa depan negara.
Perkara tersebut menjadi fokus dalam sesi Kunjungan Hormat dan Dialog Sekretariat Mahasiswa Anak Kelantan (SMAKE) yang berlangsung di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.
Penubuhan SMAKE bertujuan menghimpunkan mahasiswa anak Kelantan daripada pelbagai institusi pengajian tinggi sebagai wadah pembangunan kepimpinan, percambahan idea dan penglibatan dalam agenda pembangunan negara.
Beliau turut mencadangkan penganjuran sebuah konvensyen mahasiswa berskala nasional melibatkan kira-kira 2,000 mahasiswa dari seluruh negara, dengan Dewan Merdeka, WTCKL sebagai lokasi yang dicadangkan.
Konvensyen tersebut dihasratkan menjadi medan mahasiswa membahaskan isu-isu kenegaraan termasuk ekonomi, pendidikan, agama dan pembangunan masyarakat, sekali gus mengetengahkan pandangan serta cadangan generasi muda terhadap hala tuju negara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bertanya Untuk Dapatkan Penjelasan Atau Jatuhkan Hukuman?
- Kerjasama Strategik Perkasa Bakat Anak Johor – Dr Naqib
- Jerebu: Johor Seru ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar Perkukuh Tindakan
Dalam memperkukuh hala tuju dan gerak kerja SMAKE, Setiausaha Majlis Ulama UMNO Malaysia (MUUM), Amran Ariffin, turut memainkan peranan penting selaku Penasihat SMAKE, khususnya dalam membimbing pembangunan kepimpinan, memperkukuh jaringan keilmuan serta memastikan gerakan mahasiswa berteraskan nilai dan tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.

Penglibatan beliau turut memperkukuh hubungan strategik antara SMAKE dengan MUUM, termasuk melalui jaringan JABHAH Ilmuwan Muda Malaysia dalam pembangunan intelektual dan pembinaan jati diri mahasiswa.
Menurut Pengerusi JABHAH Ilmuwan Muda Malaysia, Mohamad Anas Mohamad Naem, penubuhan SMAKE merupakan langkah positif dalam menyediakan ruang kepada mahasiswa untuk menterjemahkan ilmu dan pemikiran kepada sumbangan yang lebih bermakna kepada masyarakat dan negara.

“Kita mahu melahirkan agamawan yang memahami realiti lapangan dan golongan profesional yang mempunyai asas agama serta nilai yang kukuh. Kedua-dua kelompok ini perlu saling melengkapi dalam membangunkan negara,” katanya.
Beliau turut menyatakan kesediaan JABHAH untuk bekerjasama dengan SMAKE melalui jaringan agamawan muda, profesional dan institusi pengajian tinggi, khususnya dalam pembangunan kepimpinan, penyelidikan dan wacana dasar.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen kepimpinan UMNO Kelantan di bawah Ahmad Jazlan, dengan dukungan MUUM dan JABHAH, untuk mengangkat mahasiswa bukan sekadar sebagai pelapis organisasi, tetapi sebagai rakan pemikir dan pewaris amanah bangsa yang berperanan membentuk masa depan negara. – UMNO Online
SMAKE Medan Lahirkan Kepimpinan Masa Hadapan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PETAH KPM 2026: MB Ucap Tahniah Kepada Warga Pendidikan N. Sembilan
- Kebebasan Bersuara Perlu Seiring Dengan Adab, Kematangan – Rosnah
- Agenda Malaysia Biru: UMNO Komited Perkukuh Masa Depan Bangsa dan Agama
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kampung Digital, Kubur Digital Kg Pulau Jadi Rujukan Peringkat Negeri Dan Negara
You must be logged in to post a comment.