Kekal Tenang, Terus Fokus Amanah Untuk Rakyat – Mohd Zaidy
Kekal Tenang, Terus Fokus Amanah Untuk Rakyat – Mohd Zaidy

JEMPOL, 19 Okt – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir menegaskan komitmennya untuk terus memberikan tumpuan kepada tanggungjawab sebagai wakil rakyat, meskipun landskap politik Negeri Sembilan ketika ini berdepan pelbagai polemik.
Beliau berpandangan bahawa tanggungjawab terhadap rakyat perlu terus menjadi keutamaan, manakala segala perkembangan semasa harus ditangani secara tenang, berhemah dan berpandukan prinsip serta saluran yang sewajarnya oleh pihak berwajib.
“Kekal tenang dan teruskan melaksanakan amanah rakyat. Masa bekerja, bukan masa untuk kita hilang fokus terhadap tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita.”
Menurutnya, rakyat memilih wakil mereka bukan sekadar untuk mewakili suara di Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi juga untuk memastikan isu kebajikan, pembangunan setempat dan keperluan masyarakat terus diberikan perhatian.
Dalam keadaan politik negeri yang mencetuskan pelbagai perbincangan, beliau menegaskan bahawa tugas wakil rakyat tidak seharusnya terhenti atau terganggu oleh spekulasi dan perkembangan semasa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PETAH KPM 2026: MB Ucap Tahniah Kepada Warga Pendidikan N. Sembilan
- Kebebasan Bersuara Perlu Seiring Dengan Adab, Kematangan – Rosnah
- Agenda Malaysia Biru: UMNO Komited Perkukuh Masa Depan Bangsa dan Agama
Kampung Digital, Kubur Digital Kg Pulau Jadi Rujukan Peringkat Negeri Dan Negara
“Rakyat mengharapkan kita hadir ketika mereka memerlukan bantuan, mendengar keluhan mereka dan berusaha mencari penyelesaian. Itulah amanah yang perlu dilaksanakan setiap hari, bukan hanya ketika keadaan politik tenang,” katanya.
Bagi beliau, kematangan berpolitik bukan sekadar diukur melalui pendirian yang diambil ketika berdepan krisis, tetapi juga melalui kemampuan untuk terus menjalankan tugas, memelihara hubungan dengan masyarakat dan memastikan kepentingan awam tidak terpinggir.
“Apa juga perkembangan politik, amanah rakyat tetap berjalan. Kita perlu terus bekerja, turun padang dan memastikan setiap permasalahan masyarakat diberikan perhatian sewajarnya.”
Terdahulu, komitmen Mohd Zaidy diterjemahkan menerusi tindakan turun padang meninjau aduan penduduk, termasuk masalah permukaan jalan tidak rata dan berhabuk di laluan utama Jelai–Rompin (N20), berhampiran simpang tiga hadapan Kilang NS Simen ekoran pergerakan lori yang keluar masuk ke tapak kuari berhampiran.
Sehubungan itu beliau menggesa Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Jempol dan pengurusan Kilang NS Simen mengadakan perbincangan bagi mencari penyelesaian berkesan, termasuk membaik pulih permukaan jalan dan mengawal masalah habuk.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bertanya Untuk Dapatkan Penjelasan Atau Jatuhkan Hukuman?
- Kerjasama Strategik Perkasa Bakat Anak Johor – Dr Naqib
- Jerebu: Johor Seru ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar Perkukuh Tindakan
Beliau turut meninjau aduan mendapan permukaan jalan di Jalan Kesidang, FELDA Palong 1, dan meminta JKR Daerah Jempol bersama kontraktor penyelenggaraan, Selia Selenggara Sdn. Bhd., menjalankan pemeriksaan serta melaksanakan pembaikan sewajarnya.
“Jangan tunggu sehingga berlaku kemalangan, barulah tindakan diambil. Keselamatan rakyat mesti diutamakan. Setiap aduan akan terus kita pantau dan panjangkan kepada agensi bertanggungjawab supaya tindakan susulan dapat diambil,” katanya.
Menurut beliau, usaha menyelesaikan aduan rakyat memerlukan kerjasama semua pihak agar masalah yang dibangkitkan tidak sekadar ditangani secara sementara, sebaliknya diselesaikan berdasarkan punca sebenar. – UMNO Online
Kekal Tenang, Terus Fokus Amanah Untuk Rakyat – Mohd Zaidy
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Melaka: Ab Rauf Umum Calon BN 28 Okt Ini
- Lawatan Kerja Ke Jepun: Mempererat Hubungan, Memperkukuh Kerjasama Pertahanan
- Dakwaan ‘Sakau’ RM2.1 Bilion Tidak Wajar Timbul
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.